Tuesday, November 1, 2011

Grow Bigger

Ini saya nak bagi alasan beli makanan luar hari ini. Alasannya berbunyi, "Kami habis kuliah pada waktu unggas kembali ke sarang."


Dengar khabar angin seorang rakan serumah nak beli Kusyari. Rupa-rupanya mi segera. Dah lama mengidam nak rasa parasit dalam makanan luar ni. Nafsu ni, buku Parasitologi pun boleh kalah berdebat dengan ia. 


Amoi 1: Hoi, kau ni perut cap apa?
M: Cap Gajah Duduk. Kau diam.


Pelan rakus. Pertama, tempah Nasi Yaman untuk lima orang tolak si pemakan mi segera tadi. Kedua, makan nasi tu macam biasa. Kemudian, pada waktu ramai sedang leka cuba nak habiskan makanan masing-masing, buat muka tak cukup zat. Diikuti dengan, "Mintak ciket...!" ala-ala comel pula. 


Amoi 2: "Echo, echo!"
M: Alahai. Boo 'Echo'. Boo!


Rupa-rupanya beli makanan lain. Tak ada Kushari untuk aku tagih. 
Dua orang ahli beit tak sempat menjamah nasi tersebut. Pandai-pandailah bajet rembesan gastrik kalian ya... 


(Bunyi kicauan burung, loceng rumah tu...)


Itulah dia, menu tanpa asap dapur kami. Nasi Yaman, Nasi Hadramaut atau Nasi Mandy Hadramaut dsb. Samalah tu agaknya. Pak cik delivery confirm faham punya...


Google jumpa dari SINI

Di atas itu bukan aku punya. Beit Humaira' pakai pinggan warna pink


Falsafah


Berebutlah.
Rebutlah ilmu.
Rebutlah kebaikan.
Berebut-rebut dalam keadaan buta? 


Haha. Aku tiada komen. 


Cuma minta jauh, minta supaya bukan kita orang-orang begitu.
And may us not to be mad judgmental. 










p/s: 3/4 hambar post ni. Pernah berkunjung ke blog Zahiril Adzim? Salah satu aspek cita rasa aku.


Friday, October 21, 2011

Have You Heard: SMA and STAM

Arghh. Dah tidurlah tu. Aku buka SmartVOIP, aku dail nombor telefon bimbit Adik, amoi operator yang jawab. Pelik betul, dalam banyak2 settings bahasa, bahasa Mandarin juga digunanya jadi suara operator. Jelek sudah mendengar amoi itu bicara dalam bahasa yang tak aku faham. Bukan jelek pada bahasa itu, jelek kerana tidak faham.


Bagi sesiapa yang bersekolah menengah di sekolah di bawah JAIS, mesti kenal peperiksaan Sijil Menengah Agama atau SMA. Itupun bagi mereka yang kekal sekurang-kurangnya sehingga tingkatan 5. Bagi yang menggelupur nak masuk sekolah elit dengan niat elak peperiksaan tu, tak tahulah masih ingat atau sebaliknya. Guraulah, mana ada orang jenis macam tu. Atau ada?


Amoi 1: Meriah you 'alls', 'menggelupur' perkataan tajam.
M: Haha. Tandanya poyo kerana setia dengan sekolah biasa-biasa sampai tamat SPM. (Padahal pernah rasa hina kerana tidak mohon SBP dan yang sejenis dengannya. M, THAT'S SO SHALLOW.)


Dengar kata, kalau KISAS ambil peperiksaan seumpama itu semasa tingkatan 5, bukan? Jika negeri lain, tak pasti pula. Aku ingat lagi. Aku dapat pangkat jaiyid jiddan sahaja. Aku sememangnya lemah bahasa Arab. SMA sinonim dengan kitab-kitab bersaiz separuh  kertas A4, berketebalan tak sampai 1cm rasanya. Apalah kalau nak dibandingkan dengan sukatan pelajaran yang ada dalam kitab-kitab STAM. Apatah lagi nak dibandingkan dengan ilmu yang terlalu luas atas muka bumi ni. 


Insya Allah esok nak cuba hubungi Adik.. Kau tahu,  peperiksaan UPSR dan PMR... dua-dua didahului dengan berjumpa doktor pada malam sebelum hari pertama peperiksaan. Stres punya pasal, sakit gastrik. Itu fenomena semula jadi badan Adik. Tapi, alhamdulillah, UPSR 5A manakala PMR 8A 1B. That's my brother. Okay lah tu. Tak kira apa pun keputusannya, beliaulah terbaik.


"Kak, kau ni memang suka ambil risiko kan?"   (Adik)


Sebab itu aku tak pernah kena gastritis kerana stres. Haha. Paling ganas pun menangis. Itu refleks semula jadi aku. Yeah.


Amoi 2: Lepas itu telah buat riak wajah seorang mamat bertukar cuak.
M: Nasiblah. 


Itulah nak telefon kalau-kalau boleh bantu beliau bertenang. Jika tahun ni malam-malam buta jumpa doktor juga, nak buat macam mana. Its the nature. Hee. Yang penting aku tahu, Mak dah siap sedia!


p/s: Aku nak jadi hebat juga macam senior-senior itu.

Wednesday, October 19, 2011

Your Luck in Canada

You're full of surprises and could be addictive. Obviously, to certain people who dare.
You and Canada. Come on, I know you. You do things that benefit infinitely. You can slave people whenever you want to. You're not a decent traveler. 


"Why ASAP?"
"It's monthly basis. I want to go to the casino."
"I thought only old people go there."
"Haha. People with sharp Maths skills like me also counts."


I was confirmed about one thing that happened to you. Now, it would take a long ride before I can assure the BIGGER issue. I'll confirm one day.



p/s: Why I did even care and dare to think of altering your lifestyle?

Tuesday, October 4, 2011

Old and Unspotted

Subjek-subjek di bawah ini sungguh menarik!

Pharmacology
Pathology
Parasitology

Akan datang:-

Histopathology (esok)
Microbiology (mula minggu depan)

InsyaAllah, menarik juga hendaknya.
Namun, hati masih muram.

2 Oktober 2011, KLIA. Ingin sahaja aku ulang kata-kata,

"Kenapa bertemu untuk berpisah?" 
(Filem 'Sepi')

Mode balik dari Malaysia, biasalah. Sayu. Tajuk Pelajar Perubatan Tahun Tiga buat aku rasa seram. Nak jadi attention seeker pun tak ada mood. Apatah lagi nak buat ucapan ringkas saat-saat akhir. Hehe. Tahniah buat pelajar Malaysia yang berucap tadi.

"It's not about the building."   Cuba teka ayat siapa? Huhu. Sampai seorang ahli beit dapat inspirasi.

p/s: terkenang macam-macam.