Thursday, August 18, 2011

Discovery in Malaysia

Tempoh hari, aku lihat objek-objek itu terpamer supaya terjual. Colikah itu? Tapi kenapa jual sebegitu? Eww... Itu objek apa? Tungku pemanas bagi si ibu berpantang mungkin?


Hari ini kami temankan Adik selesaikan persalinan lebaran beliau. Ada lagi. Apa tu? Aneh. Hari ni pula ia di mana-mana. Aku buat kira-kira. Aku uji kaitan ia dgn tudung-tudung pelbagai rekaan yg terpamer sama. Ahh! Mmg intim hubungan kedua-dua jenis objek ini. Aku rasa tepat tekaanku tanpa rujukan. 


Itukah benjolan bonus yg menjadi kegilaan hari ini? 


Amoi: Ya...
M: Penemuan


Oh, inilah yg jadi kepala tambahan wanita naif zaman ini... Oh... 


Balik dari mendapatkan rawatan utk komputer riba, "Eh, bukan warna hitam sahaja. Bahkan merah jambu pun ada!" Memuktamadkan jawapan. Ishh... tak ambil gambar pula. Tapi aku betul-betul yakin itulah dia... Haha bunyi macam jakun.


Inilah, unsur penipuan dlm berpakaian. Pernah aku terjumpa blog seorang blogger yg berani menegur sang penjual sanggul palsu ini. Mabruk! Susah nak jumpa semangat macam itu hari ni! Oh malu dgn diri sendiri pula. Tiada tindakan dari aku petang tadi. Kakak-kakak sekalian, aku cadangkan tak payah pakai tu. Dah cantik dah. Tak perlu kot ambil risiko (dosa), susah-susah nak ikat sanggul palsu lagi. Betul, tak tipu, dah cantik dah tu... 


Nak buat macam mana, ada permintaan, adalah pemasaran berjalan. Macam apa yg berlaku ttg tudung syria... Mak cakap, "Penjual tu cakap kalau jual saiz L tak laku la... Yg Mak beli ni (saiz L) pun betul2 tinggal tiga je." Haihh. Aku tak gemar 'tudung awning'.



p/s: pasal Perjumpaan Kawan-kawan, aku ikut flow lah. 


2 comments:

  1. saya tak suka tudung sekarang. and i love the way i wear my jilbab. and sekarang... tengah usaha kuatkan semangat nak tutup aurat dengan sempurna. doakan saya! insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. insya Allah... me too, doakan sy gak... :)

    ReplyDelete