Tuesday, October 27, 2009

"I can't tolerate with your religous culture": A Letter from Maya Dealove

"I can't tolerate with your religous culture anymore"

Hey, thanks Mr. R. Oh, you are a suffocation. Falling in love with you is a drug to me. Thanks for those hurting words. For you, I owe you something. I know but on second thought, I owe you nothing. I'm sorry I can't fulfill what you want. This heart really wanted to say, "let's change to the better." but I guess I had forgotten to extrude the words hadn't I? I'd never thought this is it, this would be as serious case or neither would I expect it would be really heartbreaking like this. I had never given a thought on a guy so much, not as badly like I am thinking of you, right now.

I don't know what to do. Our environment, pathways and cultures are totally different. There is only one similarity between us, that chemistry we used to enjoy during our first acquaintance. I didn't expect I caught your eyes or your heart. All I know for the first time, I was just having fun. In another version of harsh words, I was flirting with you during the first time we met. I knew I wouldn't fall to any guy as I've been hurt so much.

I don't know. I just can't see. I doubt when you say you love "the whole of Maya". I doubt your heart. Sincerely, when I said "I had let go of those 'hot' stuff' we used to rejoice" I really meant that. You still can't accept the way I want myself to be. I want to be somebody I want to be. I want to return to a place that I should be all along ago. People makes mistakes and I want to repel those meaningless actions and perspective to a happy ending. I want real relations. I will spend my whole youth for a first degree. At the same time being, I hope we can be more matured. I want you to be my lover for life. I want to be the best lover, just not like this. You will spend your time in the course you're taking. I really hoped that in these years, we could just change. It's hard and painstaking for the first time. Believe me, it's all worthy. Let us know God and not to separate our religion from our lives. It's part of us, you see.

"I'm a guy" "I can change"

So if you change, it's up to you. The saddest thing is when you go away; that is go away from the road I've been trying to adapt with all my heart. How I wish we will be together, in a real relationship. Ypur 'letter of guarantee' is not the same as mine. What you want yesterday will never guarantee us to be together forever. Maybe you will say, your loyalty is no more to be questioned, I have faith on that. Still, I don't take those 'stuffs' we used to enjoy for the last time ago. I DON'T enjoy those anymore. Not today. Plus, those past actions whichI did will just bring tears to my eyes. Sorry that you were inside that past. Sorry that you just can't tolerate with what kind of change I am trying grasp now . I'm very sorry that 'unfortunately', religion is the part of us. You said, "think about this relationship (fragile relationship) carefully" twice or more. And my answer is the same. May I am amongst His strong slaves.

"Happiness not always seems to look easy. But that eternal happiness of which I'm trying to invite you in is what matters for me."



-Maya Dealove-


Monday, October 26, 2009

Jojo

Aku pelik nape dlm byk2 org, aku jerr yg tak call mak aku. aku bagi mesej jerr. bukan apa, makin aku call, makin aku sedih nak balik. aku tak nak r bak kata org, nyesal tak call tapi aku mmg tak boleh. bila aku tanya kabar mak aku pun, aku rasa janggal, sebab syg aku kat mak sku tak boleh nak terungkap dek kata2. aku rasa mcm kata2 tu tak cukup utk bg tau betapa aku syg kat mak aku dan betapa aku terharu atas segala pengorbanan beliau.

apa2 pun, aku akan bagi report dari semasa ke semasa ttg kegiatan aku kat sini. aku tak mungkin berada di sini kerana doa dan tawakkal aku semata2, tapi doa mak aku yg menyelamatkan aku. Sebab aku tahu, Tuhan sgt kasihan kat beliau di atas segala pengorbanan beliau utk anak2. aku sedih bila pikir bab ni. tak tau r pe berlaku kat uma sementara ketiadaan aku. pe agaknya yg mak aku tgh buat kat uma. siapalah agaknya yg akan setia mendengar luahan hati beliau ttg kerja beliau yg sgt memenatkan tu. dah r kena jaga anak sendiri, kena pulak jaga anak org yg tak sama perangai mcm aku. (nak kata aku baik kot. huhu)

sebenarnya bukan nak coretkan ttg hal rinduku pada bonda tersayang, tapi cuma nak catat apa yg telah ku lihat pada hari ini. semalam aku rasa sungguh tak sedap hati, ditambahkan lagi ngan perasaan tak boleh tidur. sebab siang nya aku dah tertidur lepas zuhur.

masa aku pergi kuliah tadi, aku nampak sorang makcik tadi. dia macam menangis. tapi aku silap pandang kot, maybe dia selema atau nasal gland dia active. aku rasa kalau ktorang dah terlambat g kelas, cepat jerr ktorang 'zuup' lintas jalan. hehe. aku satu rumah dtg lewat 10 minit. pastu ttbe lecturer budak laki yg aku ingatkan nak sound ktorang yg terlambat tanya "wyhh, katne budak laki? dorang nak belajar ke tak ni"... hehe. ubah suai ayat ikut kesesuaian umur.... ehem,

dalam hati aku sambil termengah2, "adoii... aku dah la lambat. Dr. Labib lak tu punya lecture"

so ktorang pun menyusup masuk ke tempat duduk sesenyap yg boleh. fuuhh..amende korang nga belajo ni??? dushhh.... aku bukak jerr buku tapi aku ada gak la idea pe binatang Dr Labib nga ajar. aku dah baca sket malam sebelumnya tu... suka suki jerr pa'in tarmizi perli aku..hehe... aku layan jela. credits to ya...!!!

so aku nak tgk esok, adakah ktorang akan dtg awal mcm pelajar cemerlang atau 'mcm biasa'... cheers to maya dealove!!! wee~ :d



"YELA PA"IN... AKU NGAKU, KTORANG LAMBAT SEBAB BZ STUDY+CLUBBING SEBENARNYA..."

Saturday, October 24, 2009

The Same Old Song: Like I Care, Losers.

peewit. naqiyan anis ngan penuh elegan nya sedang memahamkan apa yg dibaca kat buku anatomy. aku selamba jerr tak revise, lom study lagi. bila la agaknya aku nak jadi cam org yg rajin2 gitu. aku kena ubah cara aku ni. amek medic takley main2. mcm tak pcaye jerr. prinsi hidup aku banyak yg berunsur, “chill aja....petikan drama Upik Abu dan Laura yg diucapkan oleh watak Laura)

ishhh... Maya Dealove ex ‘Madu the third’... haha. macam lerr ko ingat Hard oii... haha. tiga org berpangkat Madu. kah3. whatever... high school thing. skang aku dah kurang minat benda2 materialistic ni. No more ‘girls for glam’ motto dlm hidup aku. aku semakin jelas ttg hala tuju aku tapi aku mesti buang lagi kabus2 kemalapan yg menghalang aku dari jumpa jln yg makin aku kejar, bila hamper dlm tgn aku... aku terlepas. bila berada dlm tgn aku, ia berderai mcm tu jerr tatkala aku kalah. Bahasa aku takde la tinggi. bahasa aku penuh dgn rahsia.

woii...rindu glerr kat Hard... hai hard... (nga lambai tgn)... haha. senget betul aku ni.

bila 'penyakit jiwa kacau' aku dtg, aku singgah ke dunia gelap tu. Cuma hendak melihat betapa perbezaan aku berbanding mereka yg masih bergelumang dlm dunia tu. lepas tu, aku akan kembali ke permukaan. Alhamdulillah, aku hanya kembali ke dunia gelap tu sebagai pemerhati. aku cuba selagi yg aku mampu utk sampaikan apa yg aku tak sampaikan dulu. I don’t know if those words of preaching towards good sakes compensate. selagi aku jauh berbatu2 dari tanah tumpahnya darahku, aku selamat. InsyaAllah. aku teringat kawan aku yg senasib ngan aku. adakah salah utk mempunyai impian? adakah salah dirinya sekiranya dia masih tak dpt memahami? so aku akan cuba sedarkan sesuatu pada kawan aku tu. aku respect usaha dia utk berubah dan dia sejak beberapa tahun mula berubah, Cuma bukan 100%. sume nyer aku, aku dan aku...kenapa tak cerita ttg org lain? sebab hidup mereka2 yg ku kenali tu dah cukup lengkap, atau hamper lengkap. (mana ana benda yg sempurna pada makhluk)... catatan ini hanyalah akan diteruskan ttg apa yg belum dekecapi lagi termasuk dlm usaha menjadi manusia sebaik2 manusia. aku tau, manusia impiannya tak pernah berhenti. jadi blog ini tak mungkin akan berhenti mengalir bak mengalirnya sungai nil. huhu.

weyhh, babe...aku petik kata2 ko eh.... (kerana nila setitik, rosak susu sebelanga tapi kalo letak susu setitik, satu belanga nila takkan berubah pun)

itulah yg menjadi salah satu cara utk kita memahami gene dominan. haha. gurau jerr. maksud yg tersirat, hati2 pilih kawan. kalau diri kita yg baik, hanya sedikit ‘cuitan kejahatan’ boleh menjejaskan kita. tapi kalau kita sahaja yg baik, masuk dlm kalangan kawan2 yg bad influence nya, macam mana kita buat pun tak mudah utk ubah ‘nila sebelanga’ tu. ataupun, mereka tak mungkin berubah pun kalau hanya kita yg bertindak.

aku rindu Malaysia tapi aku benci manusia2 yg pernah merosakkan hati dan jiwaku. aku benci segala kerosakan yg aku pernah lakukan pada otak, panca indera dan seluruh hatiku. Ini bukan sekadar kata2 utk dibaca. Hanyalah coretan utk dibaca. aku tak perlu komen. aku tak perlu follower. u boleh blah jerr. aku tak kisah. baca dan blah. tak payah susah2 follow aku.those ppl who dont like reading can just back off...

analoginya, aku tak tau sama ada manusia tu ada berapa muka. sebab aku dah puas hidup dgn banyak muka.muka toya, muka cool, muka cute (haha) dan paling banyak, muka baik...kui2

Friday, October 23, 2009

Selepas Clubbing

bapak bising ini budak. tak kisah la siapa yg buat bising. yg penting, bunyi yg mcm bunyi kat Zouk's tu dtg dari sekolah betul2 sebelah rumah aku ni. aku bukan tak dpt tdo. aku boleh jerr tdo. tapi hasrat utk menonton filem seram terbantut tatkala aku baru la akhirnya dpt chat ngan kawan baru aku. besnyerr..lepas gian chatting.... takpe2, aku boleh jerr download cter tu lain kali...tapi agak mengganggu betul. aku yg dari tingkat 6 yg di puncak ni pun boleh dengar mcm lerr dorang bising betul2 sebelah dinding tempat aku menyandarkan meja study aku ni. Warghhhh..bingit la... kawan aku tu asik cakap,"sabar2..."

haha... to that friend, "i tgh sabar la ni..."

kalo ajak aku takpe gak. ni tak, wat party tak ajak dowhh...huhu. gurau jerr.

oh naqiyan anis yg disayangi, terima kasih kerana memasak ayam masak kurma' yg terlalu sedap tu... sejuk ati mak bapak ko dpt anak berbakat mcm ni..burrpp...alhamdulillah..hehe

Sunday, October 18, 2009

Not a Villain

tak tau r... hormone mana yg buat aku yybe berubah macam ni. ttbe rasa mcm hormone testerone jerr yg menyirap dlm darah aku. Well, women have little amount of this hormone. ttbe rasa tercabar lak oleh statement salah seorang member aku ni. aku pantang tercabar. nasib baik r dia pompuan. huhuu... well, secara langsung, dia takde r cabar aku... saje jerr gurau2...tapi cara cakap mcm ganas r kan... aku dah lama tak gurau2 cara ganas ni... kali terakhir ngan adik aku masa dia skul rendah... sape jatuh kalah. hihii.. so u all dpt bygkan r mcm mana kami saling menyiku antara satu sama lain, or dlm erti kata lagi satu... aku suka panggil game ni ‘main belasah2’...bunyi jerr ganas, tapi cara yg baik utk aku keluarkan peluh n tak mencederakan sesiapa, mahupun diri aku sendiri. aku dah lama tak ganas2 ni. Sekali dicuit; yakni secara dalaman.... aiyaa... Haha. Ttbe aku terpengaruh lak oleh salah satu jiwa dlm diri aku, jiwa pe entah namanya. aku takley namakan. sejak kat cairo, aku more to feminine jerr. tah ttbe tertukar lak. tah mana tah yg silap. Whatever la. No biggie... I’m still a purple+pink girl... (n black to add elegance)

I hope my old good friends will always remember me n never substitute me in their lives or i’ll be pathetically sad...bcoz i don’t want everything changes too soon.

ada kan sorang kakak ni, dah mcm lost contact lak ngan aku... (to the dearest Miss Arina Ahmad)... Dia ada jerr blog...tapi mcm dah bersawang dah.. Myspace pun mcm dah lama jerr tak online. busy kot... Haha. Tak pun dah bertunang. sape tau. kui3

Wednesday, October 14, 2009

This Moment I Knew I Would be Someone Else

(Credits to Wan Nurhidayah for giving such direct compliment to my last post...Komen, cadangan mahupun caci maki amatlah dialu2kan)

Semalam ye2 jerr jiwa kacau. Mana tak nya, org marah kita beb. Padahal org tu kat M'sia jerr, kena rentas laut pun kalo dia nak tumbuk aku. Tapi aku dah r sensitif. Alhamdulillahm sumenyer dah ok dah. keadaan kembali tenang. Tapi tak mustahil akan berlaku salah faham lagi... semalam aku sampai tahap tgk gloomy video klip+sad video klip+ cter 'Sutun' sebab tension glerr. Ngantuk glerr r kat kelas pertama (kelas anatomy). Masa kelas biochem takde r ngantuk dah, sebab baru lepas solat zuhur kan... Air wudhuk sgt menyegarkan...Hari ni tak seperti semalam, di mana aku 'retarded' gler atau dlm bahasa melayu nya, letih mental dan fizikal. Hari ni lebih bertenaga sket... So, aku nak bukak balik pe dah belajar tadi. kat sebelah aku skg ni buku anatomy. Huhu... Tak pernah habis aku belek buku anatomy ni. Setakat separuh2 jerr revise balik. Kalo biochem habis gak. Tgk r biochem nanti camne nak paham balik, mcm complicated jerr padahal sebab language a.k.a. accent barrier jerr... Jgn aku terbiasa sebut expressions tu dlm slanga egypt sudah. Kang kena gelak je ngan student medic kat m'sia.

Aduhh. anti betul la lagu hazami yg mendayu2 ni. Tukar lagu lain r. Weh, korang nak tau tak, semua lagu yg aku suka glerr, klip video nya melampau dowh... Ingatkan lagu jiwang, sedih takde r babak2 melampau. Rupanya.. ishh... Hampeh. Tobat tak minat dah lagu tu. Tapi dari segi significant dan analoginya, klip video Evanescence, "Everybody's Fool" mmg 'makan dalam...' Mmg merupakan sindiran yg terus kepada barang siapa yg terlibat dalam situasi yg ditunjukkan...

Aku cter je ttg klip video tu, takyah lerr u all nak cari lak. Baik baca pasal Alkalosis n Acidosis. Lagi menghiburkan.

(haha. makin aku kata jgn, sure korang cari gak klip video tu kat YouTube)

Benda2 gloomy ni adalah salah satu hobi aku tapi aku dah tak minat mcm dulu... Tgk cter hantu mcm tgk komedi bodoh jerr...Dulu, aku tak pernah suka mahupun pandang pada warna pink. Ttbe skg makin menggedik lak aku. Movie tak bape nak seram pun jerit bagai nak mati. Seriously. Masa form four, aku hanya beli baju black, black and black. Tak pun merah, sama ngan warna darah. Sesuai la ngan atmosphere 'evil' masa tu. Warna yg melambangkan kesakitan dan kemarahan. Huhuu... Aku pun otak seni gak kdg2... Jgn menyampah lerr... Zaman main2 yg paling extreme dlm hidup aku. Tapi aku pantang betul kalau ada org mempersoalkan ttg tona warna yg aku suka pakai iaitu pink dan purple... Haha. Apa2 la. Cita rasa masing2.

Agaknya apalah yg adik aku nga wat skg ni. Mintak2 la dia dilindungi oleh Allah dari segala anasir jahat dan bisikan syaitan. Mintak2 diberikan kekuatan baginya supaya sentiasa rajin dan tak lalai. Mcm mana aku ngan adik aku jadi bodyguard mak aku masa ktorang kuar sama2, mcm tu r yg aku harap dia akan jaga mak sementara aku kat Mesir, sementara cuba utk translate loghat2 yg kaya ngan kepekatan lahjah Arab professor Cairo U ni. Aku tak dpt lagi jawapan yg pasti ttg cita2 adik aku. Aku dah pesan kat dia, explore pe jenis pkerjaan yg sesuai ngan jiwa dia sebab dia nak PMR tahun depan, lepas PMR terus pilih aliran yg dia minat. Yg pasti, dia minat aliran sains. Moga2 skor sains dia akan sentiasa havoc. InsyaAllah... Satu2nya anak lelaki keluarga aku, harapan semua org terutamanya harapan mak aku yg tersayang. Amin...

Tuesday, October 13, 2009

Janganlah Pergi Jauh. Aku Sedih.

Aku tak tau nape aku cepat sgt terasa hati bab ni. Dah lama org tak kecik hati ngan aku. Ygaku tak perasan, mintak maap r kat kawan2 ye... Aku ni pun selalu main cakap jerr... Tapi apa perasaan korang bila korang nak bagi nasihat jerr, tapi lain pulak yg jadi. Seolah2 korang dah tersalah pilih kata2...

Aku faham, mmg susah utk kawan baru aku tu terima kebenarannya, kebenaran yg dulunya aku tolek tepi2 disebabkan pemikiran singkat aku, disebabkan alasan yg aku beri... Aku ikut pandangan yg salah sebab nak sedapkan hati. Tapi kebenaran tidak ke mana2. Kebenaran tak tergores pun disebabkan kebodohan aku. Aku sgt sedih sebab tujuan aku nasihat dia tu, adalah utk aku bagi nasihat kat diri aku gak.

Aku takut. Mungkin aku tak 'lost' (tegar) sejauh mcm dia, tapi aku takut dia akan 'lost' lebih dalam lagi... Aku beruntung kerana setiap langkah aku, pada masa aku buat silap dulu...disusuli rasa takut pada sesuatu. Rasa seolah2 Tuhan tarik belas kasihannya... Dalam hal ni, aku harap rasa takut itu rasa takutku pd Allah. Aku harap gak dia dpt pe yg aku dpt tu. Aku rasa hidayah makin menghampiri dia, tak macam kawan aku yg dulu2. Kawan baru aku ni aku dpt rasakan, dia adalah 'somebody', yg dah dipilih oleh Allah utk melakukan tugas yg sgt penting. Aku sgt yakin yg perkara pertama yg dia perlu buat ialah perkara yg aku nasihatkan kat dia, tapi itulah dugaan yg paling besar dan sesuatu yg susah tahap nak mati...Aku faham sgt. Pertama kali aku buat keputusan utk berubah, mcm biasa la... "Aku takut aku akan patah balik". Bagi org lain yg tak pernah tgk "laluan gelap" ni, korang takkan rasa pe yg aku rasa. Aku takut sgt. Email dia menunjukkan betapa kemarahan dia belum selesai. Kebencian yg aku pernah rasa dan aku telah menerima kebenaran. Aku ketepikan kekecewaan aku, kesedihan dan ketakutan yg tak bertempat... aku dah tak kisah malahan suka org bercakap ttg perkara yg benar. Tapi dia, dia menggambarkan aku dulu.


Aku harap dia dapat tafsiran yg hak ttg petanda2 yg dia dpt tu.

Aiyaa.. house mate panaskan kari pun aku tak perasan. Runsing betul aku. Aku patutnya lebih professional dan bertenang. Org akan kata, "Jgn pikir sgt la.." Tapi tulah, aku rasa mcm nak nanges jerr... Aku takut dia salah baca petanda yg ditunjukkan tu. Allah jelah yg tau hakikatnya. Mungkin aku yg tak tahu apa2. Mungkin betul kata dia, Allah jerr yg tau, seolah2 aku tak tau apa2... Seolah2 aku tak pernah rasa pe yg dia rasa. Seolah2 aku tak pernah menangis kesedihan dan ketakutan, macam aku dan dia, dua benda yg berbeza. Takpe la. Aku dok diam2 jerr... Tapi aku takkan berhenti mengingatkan dia. Aku tak mahu gagal lagi. Berapa ramai manusia boleh gunakan nama Allah tu utk menegakkan benang yg basah dan berapa ramai yg patuh pada suruhanNya? Mana lebih ramai???

Friday, October 9, 2009

Professor S. Maryam Speaking

bila aku nak stop chatting ni. haha. susah tau nak jumpa chatters yg professional sket. so ni baru jumpa, baru r dpt luahkan pendapat n berdiskusi. kalo tak, asik terjumpa chatters yg gatal n miang jerr.. please, for those ppl, do not stay in ur narrow n bulky shallow mind. be out of that kind of horrible zone....!!!

Wednesday, October 7, 2009

First Anatomy Lecture

patut r rasa mcm ada bende tak siap... rupanya lupa nak bukak blog ni. huhuuu... yeah2.. esok khamis, jumaat weeekend..ish2..teruk betul aku.. tadi paling ngantuk ialah kelas anatomy. alah, macam sejarah r, kan fakta semata2.... mana boleh ubah ske2 ubah...at least physiology ley lerr ko buat jalan cerita pasal perjalanan cardiovascular system kerr, pasal blasma brotein(plasma protein) 8 fuctions kerr.... tapi aku tahan jerr, melihatkan kesungguhan lecturer kami yg mmg berusaha dgn payah utk ckp BI sebaik yg boleh tu...cian lak aku tgk. maklum r, org arab pronounciation dorang mmg mkn tenaga dan air liur, ttbe kne ckp BI lak.. mau tak berbelit lidah... Nama lecturer anatomy aku Dr. Houda. Segala macam tulang (or tulang palsu, aku tak pasti) beliau kuarkan utk memahamkan ktorang yg seolah2 tercengang ni....

Monday, October 5, 2009

Jalan Raya di Kaherah

Macam bersabung nyawa je nak lintas jalan kat sini. Tadi balik dari kuliah, jarak antara bas yg nga belok ngan ktorang dekat gler. Kalau mak aku tau aku kena lintas jalan camne or mak aku tgk sendiri cairo ni camne, sure mak aku akan suh aku balik Malaysia jerr. Tapi tu r, sebab mak aku nak yg terbaik utk aku, mak aku korbankan jerr rasa bimbang tu dan terus bertawakkal kpd Allah je. All for that I will 'learn' more than what taught in lectures. I knew it and understood very much.

Gangguan Bipolar

Tak tau la nape letih sgt. Takde r luar biasa sgt letihnya. lebih kurang masa kat INTEC je..Biasa r, balik dari kelas kan... Esok kelas start kul 9. ok la... ley rehat jap. hari ni sehari suntuk kelas, 8 am sampai 4pm.

Tak cukup ngan tu, singgah jap kat kedai sebelum sampai uma. tak tau r Lat yg puasa camne. Tapi aku yg tak puasa ni pun...fuuhhh..letih maot....

Sebentar tadi aku ada terbaca kat Berita Harian Online, penyanyi Yasin yg popular ngan lagu Mimpi Laila tu sedang beransur pulih dari penyakit gangguan bipolar atau 'bipolar disorder'. Memandangkan minatku pada psikiatri masih menebal, aku pun cari ttg penyakit tu. Dgr kata org yg ada penyakit ni ada yg rasa mcm terdapat gangguan or rasa macam ada org aniaya dia ngan cara halus. lebih kurang macam tu r...

oh, patut r melambak artis asik2 rasa cam kena ganggu. dorang kena penyakit tu kerr? kewujudan al;am ghaib tak boleh disangkal, mmg termaktub dalam Al-Quran. Tapi kadang2, secara fisiologinya... Otak manusia ni pun berselirat ngan 'wayar'... Kalau dah mcm2 program dlm tu...tak ke pening... ye dakk? Macam pernah dgr... akhirnya aku hummpa kat wikipedia...jeng3...


Bipolar disorder, also known as manic depressive disorder or bipolar affective disorder, is a psychiatric diagnosis that describes a category of mood disorders defined by the presence of one or more episodes of abnormally elevated mood clinically referred to as mania or, if milder, hypomania.

Individuals who experience manic episodes also commonly experience depressive episodes or symptoms, or mixed episodes in which features of both mania and depression are present at the same time. These episodes are usually separated by periods of "normal" mood, but in some individuals, depression and mania may rapidly alternate, known as rapid cycling. Extreme manic episodes can sometimes lead to psychotic symptoms such as delusions and hallucinations.

The disorder has been subdivided into bipolar I, bipolar II, cyclothymia, and other types, based on the nature and severity of mood episodes experienced; the range is often described as the bipolar spectrum.

Sunday, October 4, 2009

Esok Kelas Bermula

Esok kelas mula dah. Rasa mcm rumah aku jerr lom beli buku. Rasa lenguh la pulak online atas katil ni. Good luck utk aku dan semua...! Muah!

Friday, October 2, 2009

Malam Sunyi

Semua org; Ijan n Izzati dah tido dah. Aku gak y glom tido. Maklum r, bila dah tinggal berempat (termasuk Nadhirah MRSM Besut), sunyi sepi lah bilik transit ni. Isk2. Sedih aku dgr lagu ‘Hurt’ ni. Menambahkan kesunyian kala malam yg sejuk ini. Agaknya pekabo family aku. Study ke tak study adik aku tu. Sihat ke tak sihat mak aku... Nga pikir nak cari masa yg sesuai utk call my mother. Huh. Sedihnya bila bilik ni hampir kosong... Waa! Rindu Malaysia dan member kat sana... Rasa macam tgh masuk tingkatan 1 balik jerr. Aku back to zero di mana aku tak lagi memegang gelaran ‘senior’ seperti kat sekolah dulu. Mmg super-freshie-junior r sekarang. Berdebar gila jantung aku. Tah pe yg akan berlaku pada hari pertama masuk university. Even student kat Malaysia pun dah start kuliah masa aku wat persediaan kat INTEC. Ktorang baru nak terkedek2 masuk U ni! Wah... Seolah-olah sedang bermimpi. Tak pernah terfikir dalam hidupku akan menuntut ilmu di bumi yg asing, sebatang kara tanpa saudara mara melainkan saudara sesama Muslim dan rakan senegara di sini. Dengar kata kat Mesir ni, Universiti Kaherah adalah university yg top. Aisey, nanti kami akan tgk mayat secara live! Di sinilah aku rasa akan aku nampak sejauh mana keberanian, keikhlasan dan semangat inkuiri kami. Bajet skema kot. Jgn mnyampah sudah ek korang.
Jeles ngan senior yg dah abes blaja. Tinggal nak praktikal jerr. Aku harap aku akan jadi doktor yg cemerlang dari segala segi. Whatever it is, to get ‘mumtaz’ in my grade is my aim for the nearest outcome of my first year as a medical student. I’m no more a ‘pre-medical’ student, as known only in the territory of INTEC.

1Malaysia: Ke Mana Hala Tuju

Agaknya masin mulut aku, aku dah cuba satu lagi hidangan tempatan di bumi Mesir ni. Aku tak pasti nama to’miyah tu nama kedai je ke, nama cafe ke.... Aku tak peduli. Asal dapat hilangkan kelaparan aku sudah r. Mula2 sebelum sampai sini, aku ingatkan kesemua makanan kat sini ‘non-edible’. Alhamdulillah, takde r pulak aku kena diarrhoea lepas try makanan yg sedikit masin tu. Bak kata seorang senior, org kat sini kalau masakannya masin, mmg masin sgt. Kalau masakan jenis manis, mmg manis sgt. betul la tu. Manisan kat sini kalau nak cter... Ya salam... Macam segantang gula dorang taruh. Bayangkan kalau aku bagi mak mertua aku makan manisan semanis tu, aku gerenti mak mertua aku akan cakap, “Ko nak bunuh aku utk bolot harta ke apa??!” Hehe. Imaginasi terlampau.
Aiyaa. Bani dah seru turun dewan abbasiyah utk dgr forum hari ni lak... Huhu. Sgt berat tulang satu budak bilik aku. Terutamanya aku. Ish3... Tapi tajuk forumnya, ‘1Malaysia: Ke Mana Hala Tuju’ ley tahan menariknya. Aku kan memiliki daya intelektual gak. Tah macam mana aku dpt 1 gelaran lagi iaitu ‘professor’ dalam kalangan budak group aku kat ARMA ni. Tak kisah la. Yg penting aku kena bersiap cepat. Mengikut amatan aku pada banner yg digantung di kawasan dataran ARMA ni, kesemua ahli panel forum tu merupakan wakil dari UM.
Maka bersurailah sudah majlis forum tadi. Sudah aku jangkakan isinya. Aku bab yang menyentuh ttg Negara kita atau perlembagaannya, mmg aku takkan berkelip mata. Makin umur aku meningkat, makin menebal semangat patriotisme aku. Aku rasa la. Aku takkan pernah cakap bahawa sebab aku pernah pergi BTN. Terus terang, aku telah mendapat fasilitator yg mengecewakan aku, yg tak menunjukkan sikap professional sebagai contoh org2 yg lagi muda daripada dia. Aku mmg pantang org yg kurang ajar dan aku tak suka kurang ajar kat org. Lawak bodoh takpe lagi beb. Aku pun layan gak lawak bangang. Ni... tah lerr. Mungkin aku je kot yg bermasalah. Dah r aku ni mmg dulu cepat je naik tgn kat org. Cewah, tipu je. Kdg2 risau gak kalau aku takley control marah aku. Nak gurau ngan aku mmg takley wat sebarangan. biarlah member aku rasa aku emotional. Aku ada prinsip.
Oh ya, kalau bukan dari BTN, mana dtgnya semangat kecintaan Negara tu? Bukan bermakna aku ketepikan kecintaan terhadap agama. Even keluarga aku pun sama2 terapkan nilai agama lebih banyak dlm kehidupan kami. Berbalik kpd kenapa aku agak sensitive sampai boleh menitiskan air mata bila bercerita ttg bangsa, sebabnya ialah mungkin mak aku selalu borak ngan aku pasal tu. Mungkin sebab ungkapan yg selalu aku sembunyikan, “kawan yg selalu buat aku menangis adalah kawanku yg berbangsa Melayu”. Sebelum aku fly pun aku dpt ceramah ‘free’ dari pakcik aku, dgn harapan aku gunakan ‘duit rakyat’ (di bawah tajaan JPA) ni sebaik-baiknya. Huhu. Apa2 la. Puas aku membebel. Alang2 takde kje ni, baik aku isi blog ni. Kang dah busy bersawang kot ‘laman sesawang a.k.a. laman web ni’... Kwang3
Lenanya budak MARA ni tido. Mesti penat glerr, mcm ktorang mula2 sampai mesir dlm dua minggu lepas. Aku rasa ktorang dah membuat bising sebaik sahaja balik bilik ARMA dari forum tadi, yg sepatutnya start pukul 8.

Hal Rumah Belum Selesai

Rasanya baru kelmarin aku chatting jap ngan Rez. Ingatkan dia masih di Malaysia. Rupanya dah sampai UK dalam 2 ke 3 hari. Wahh... I bet she’s quiet a bright student. Dia amek TESL, jadi tak heran r dia gi sambung kat UK. Masa aku ‘buzz’ dia waktu di Kaherah, Mesir pukul dalam 1.30 am lebih kurang. Kat UK lak dalam kul 11 atau 12. Aku hanya tersenyum bila Rez kata, “aku ingat minah UK mana PM aku mlm2 ni”. Well, aku doakan semua yang di perantauan ni all the best. May we bring back new knowledge to our mother land one day.

Kegelisahan aku kerana tak dpt online dgn kerap sukar dibendung lagi. Zaman sekarang ni, boleh mati tau tanpa internet line. Utk online pun aku pinjam broadband yg disewa oleh member2 . Hehe... Kadang2 tension gak dok dlm bilik transit yg sempit ni. Sebabnya, kami semua 8 org, duduk bilik yg aku kurang pasti berapa kaki perseginya... Aku mula melatih diri aku utk tidak merungut dan manja sgt. Let us recall back:

Kali pertama aku sampai ke bumi Mesir ni, aku seakan2 nak nanges+stoned. Selama ni aku asyik dgr jer org cter macam2 ttg Mesir. Thank God all of us expect the worst, like what our seniors told us to think of. Tapi bila dah mengalami sendiri, macam “’worst’ yg aku bayangkan tak sama macam yg sebenar, malahan lebih teruk dari yg aku bygkan” And the ‘honk’, everyone know about that. Barangsiapa yg memandu di sini mesti atau dalam erti kata wajib membunyikan hon di jln raya walaupun takde dalam buku panduan belajar memandu aku yg aku tinggalkan kat Malaysia bagitau ‘sentiasa membunyikan hon utk menggantikan brek’. Tulah hakikat pencemaran bunyi yg kami terpaksa terima dan telan saban hari. Cewah, ‘saban hari’... macamlah dah bertahun kat sini.

Aku ingat lagi, aku dan roommate aku kat bilik ARMA cakap, “kalau aku nak cter kat junior ttg Mesir, aku akan cakap ngan dorang, jgn nyesal kalo sampai Mesir”. Inilah dia cabaran yg aku cari di Mesir. Aku tak nak jadi org yg terlalu emosi lagi. Aku kena asah soft skill, critical thinking dan spiritual values aku kat sini.

Bilalah agaknya nak pindah masuk uma. Anis Sofia dah pindah dah. Aku gak yg kena tunggu keputusan Kak Azfa, utk menentukan sape yg kena tinggal hanya bersama super senior a.k.a. pelajar tahun ke-6. Perghh, aku trauma bab tinggal bersama senior ni. Sekali lagi aku ulangi, dulu senior aku pun tak suka aku tatkala hari pertama aku masuk asrama SAMTH iaitu masa aku tingkatan 1 pada tahun 2004. Mungkin kali ni akan berubah hasil sedikit kematangan yg ada pada diri aku, tapi aku hanya berserah. Ikut nasib yg ditentukan Tuhan. Bak kata senior zaman berzaman, mim,sod,ro=misr. (mim) for musibah, (sod) for sabr (sabar) dan (ro) for redha. Sangat significant kan?

Aku harap rakan2 aku takkan berubah sahsiah melainkan kepada yg lebih baik. Maklumlah, zaman pengajian tinggi lah yg lebih mencabar. Zaman tulah yg kadang2 boleh tunjukkan siapa kita sebenarnya tanpa diawasi peraturan sekolah. Barulah kita boleh tahu sejauh mana diri kita ni takutkan Allah. Ah ceh3....

Pukul 4 tadi baru sampai balik ke ARMA setelah selesai mengunjungi rumah terbuka PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Srab Mesir). Lepas dah takde sape2 buat Aidilfitri Open House, semestinya kena cari makanan sendiri la jawabnya. Aku no problem kot bab masak yg simple2. Tinggal bahan je kena rajin cari. Aku cuma pernah jamah sesuap je hidangan tempatan yg dijual di sini. Takpe2, pasni meh aku test power makan pe lagi yg ada kat sini. Yeah, mari....!