Tuesday, October 13, 2009

Janganlah Pergi Jauh. Aku Sedih.

Aku tak tau nape aku cepat sgt terasa hati bab ni. Dah lama org tak kecik hati ngan aku. Ygaku tak perasan, mintak maap r kat kawan2 ye... Aku ni pun selalu main cakap jerr... Tapi apa perasaan korang bila korang nak bagi nasihat jerr, tapi lain pulak yg jadi. Seolah2 korang dah tersalah pilih kata2...

Aku faham, mmg susah utk kawan baru aku tu terima kebenarannya, kebenaran yg dulunya aku tolek tepi2 disebabkan pemikiran singkat aku, disebabkan alasan yg aku beri... Aku ikut pandangan yg salah sebab nak sedapkan hati. Tapi kebenaran tidak ke mana2. Kebenaran tak tergores pun disebabkan kebodohan aku. Aku sgt sedih sebab tujuan aku nasihat dia tu, adalah utk aku bagi nasihat kat diri aku gak.

Aku takut. Mungkin aku tak 'lost' (tegar) sejauh mcm dia, tapi aku takut dia akan 'lost' lebih dalam lagi... Aku beruntung kerana setiap langkah aku, pada masa aku buat silap dulu...disusuli rasa takut pada sesuatu. Rasa seolah2 Tuhan tarik belas kasihannya... Dalam hal ni, aku harap rasa takut itu rasa takutku pd Allah. Aku harap gak dia dpt pe yg aku dpt tu. Aku rasa hidayah makin menghampiri dia, tak macam kawan aku yg dulu2. Kawan baru aku ni aku dpt rasakan, dia adalah 'somebody', yg dah dipilih oleh Allah utk melakukan tugas yg sgt penting. Aku sgt yakin yg perkara pertama yg dia perlu buat ialah perkara yg aku nasihatkan kat dia, tapi itulah dugaan yg paling besar dan sesuatu yg susah tahap nak mati...Aku faham sgt. Pertama kali aku buat keputusan utk berubah, mcm biasa la... "Aku takut aku akan patah balik". Bagi org lain yg tak pernah tgk "laluan gelap" ni, korang takkan rasa pe yg aku rasa. Aku takut sgt. Email dia menunjukkan betapa kemarahan dia belum selesai. Kebencian yg aku pernah rasa dan aku telah menerima kebenaran. Aku ketepikan kekecewaan aku, kesedihan dan ketakutan yg tak bertempat... aku dah tak kisah malahan suka org bercakap ttg perkara yg benar. Tapi dia, dia menggambarkan aku dulu.


Aku harap dia dapat tafsiran yg hak ttg petanda2 yg dia dpt tu.

Aiyaa.. house mate panaskan kari pun aku tak perasan. Runsing betul aku. Aku patutnya lebih professional dan bertenang. Org akan kata, "Jgn pikir sgt la.." Tapi tulah, aku rasa mcm nak nanges jerr... Aku takut dia salah baca petanda yg ditunjukkan tu. Allah jelah yg tau hakikatnya. Mungkin aku yg tak tahu apa2. Mungkin betul kata dia, Allah jerr yg tau, seolah2 aku tak tau apa2... Seolah2 aku tak pernah rasa pe yg dia rasa. Seolah2 aku tak pernah menangis kesedihan dan ketakutan, macam aku dan dia, dua benda yg berbeza. Takpe la. Aku dok diam2 jerr... Tapi aku takkan berhenti mengingatkan dia. Aku tak mahu gagal lagi. Berapa ramai manusia boleh gunakan nama Allah tu utk menegakkan benang yg basah dan berapa ramai yg patuh pada suruhanNya? Mana lebih ramai???

No comments:

Post a Comment