Semua org; Ijan n Izzati dah tido dah. Aku gak y glom tido. Maklum r, bila dah tinggal berempat (termasuk Nadhirah MRSM Besut), sunyi sepi lah bilik transit ni. Isk2. Sedih aku dgr lagu ‘Hurt’ ni. Menambahkan kesunyian kala malam yg sejuk ini. Agaknya pekabo family aku. Study ke tak study adik aku tu. Sihat ke tak sihat mak aku... Nga pikir nak cari masa yg sesuai utk call my mother. Huh. Sedihnya bila bilik ni hampir kosong... Waa! Rindu Malaysia dan member kat sana... Rasa macam tgh masuk tingkatan 1 balik jerr. Aku back to zero di mana aku tak lagi memegang gelaran ‘senior’ seperti kat sekolah dulu. Mmg super-freshie-junior r sekarang. Berdebar gila jantung aku. Tah pe yg akan berlaku pada hari pertama masuk university. Even student kat Malaysia pun dah start kuliah masa aku wat persediaan kat INTEC. Ktorang baru nak terkedek2 masuk U ni! Wah... Seolah-olah sedang bermimpi. Tak pernah terfikir dalam hidupku akan menuntut ilmu di bumi yg asing, sebatang kara tanpa saudara mara melainkan saudara sesama Muslim dan rakan senegara di sini. Dengar kata kat Mesir ni, Universiti Kaherah adalah university yg top. Aisey, nanti kami akan tgk mayat secara live! Di sinilah aku rasa akan aku nampak sejauh mana keberanian, keikhlasan dan semangat inkuiri kami. Bajet skema kot. Jgn mnyampah sudah ek korang.
Jeles ngan senior yg dah abes blaja. Tinggal nak praktikal jerr. Aku harap aku akan jadi doktor yg cemerlang dari segala segi. Whatever it is, to get ‘mumtaz’ in my grade is my aim for the nearest outcome of my first year as a medical student. I’m no more a ‘pre-medical’ student, as known only in the territory of INTEC.
No comments:
Post a Comment