Agaknya masin mulut aku, aku dah cuba satu lagi hidangan tempatan di bumi Mesir ni. Aku tak pasti nama to’miyah tu nama kedai je ke, nama cafe ke.... Aku tak peduli. Asal dapat hilangkan kelaparan aku sudah r. Mula2 sebelum sampai sini, aku ingatkan kesemua makanan kat sini ‘non-edible’. Alhamdulillah, takde r pulak aku kena diarrhoea lepas try makanan yg sedikit masin tu. Bak kata seorang senior, org kat sini kalau masakannya masin, mmg masin sgt. Kalau masakan jenis manis, mmg manis sgt. betul la tu. Manisan kat sini kalau nak cter... Ya salam... Macam segantang gula dorang taruh. Bayangkan kalau aku bagi mak mertua aku makan manisan semanis tu, aku gerenti mak mertua aku akan cakap, “Ko nak bunuh aku utk bolot harta ke apa??!” Hehe. Imaginasi terlampau.
Aiyaa. Bani dah seru turun dewan abbasiyah utk dgr forum hari ni lak... Huhu. Sgt berat tulang satu budak bilik aku. Terutamanya aku. Ish3... Tapi tajuk forumnya, ‘1Malaysia: Ke Mana Hala Tuju’ ley tahan menariknya. Aku kan memiliki daya intelektual gak. Tah macam mana aku dpt 1 gelaran lagi iaitu ‘professor’ dalam kalangan budak group aku kat ARMA ni. Tak kisah la. Yg penting aku kena bersiap cepat. Mengikut amatan aku pada banner yg digantung di kawasan dataran ARMA ni, kesemua ahli panel forum tu merupakan wakil dari UM.
Maka bersurailah sudah majlis forum tadi. Sudah aku jangkakan isinya. Aku bab yang menyentuh ttg Negara kita atau perlembagaannya, mmg aku takkan berkelip mata. Makin umur aku meningkat, makin menebal semangat patriotisme aku. Aku rasa la. Aku takkan pernah cakap bahawa sebab aku pernah pergi BTN. Terus terang, aku telah mendapat fasilitator yg mengecewakan aku, yg tak menunjukkan sikap professional sebagai contoh org2 yg lagi muda daripada dia. Aku mmg pantang org yg kurang ajar dan aku tak suka kurang ajar kat org. Lawak bodoh takpe lagi beb. Aku pun layan gak lawak bangang. Ni... tah lerr. Mungkin aku je kot yg bermasalah. Dah r aku ni mmg dulu cepat je naik tgn kat org. Cewah, tipu je. Kdg2 risau gak kalau aku takley control marah aku. Nak gurau ngan aku mmg takley wat sebarangan. biarlah member aku rasa aku emotional. Aku ada prinsip.
Oh ya, kalau bukan dari BTN, mana dtgnya semangat kecintaan Negara tu? Bukan bermakna aku ketepikan kecintaan terhadap agama. Even keluarga aku pun sama2 terapkan nilai agama lebih banyak dlm kehidupan kami. Berbalik kpd kenapa aku agak sensitive sampai boleh menitiskan air mata bila bercerita ttg bangsa, sebabnya ialah mungkin mak aku selalu borak ngan aku pasal tu. Mungkin sebab ungkapan yg selalu aku sembunyikan, “kawan yg selalu buat aku menangis adalah kawanku yg berbangsa Melayu”. Sebelum aku fly pun aku dpt ceramah ‘free’ dari pakcik aku, dgn harapan aku gunakan ‘duit rakyat’ (di bawah tajaan JPA) ni sebaik-baiknya. Huhu. Apa2 la. Puas aku membebel. Alang2 takde kje ni, baik aku isi blog ni. Kang dah busy bersawang kot ‘laman sesawang a.k.a. laman web ni’... Kwang3
Lenanya budak MARA ni tido. Mesti penat glerr, mcm ktorang mula2 sampai mesir dlm dua minggu lepas. Aku rasa ktorang dah membuat bising sebaik sahaja balik bilik ARMA dari forum tadi, yg sepatutnya start pukul 8.
No comments:
Post a Comment