Monday, February 4, 2013

Debt and Security

Rasa insecure seorang perempuan memuncak.

Nak berjaulah Luxor-Aswan ni, tapi hati tak tenang. Hampir sahaja takat luar kewarasan. Ikutkan hati mahu ditangguh. Sudah! Kalau ditangguh, bakal ditangguh lagi.
Jam menunjukkan hampir 5 petang. Lebih kurang pukul 5.30 petang nanti hari mula gelap. 

“Harap-harap sempat,” sambil menyeterika jubah dan padanan tudung.

Lagipun terlalu lama 'beta' bergelumang dengan tempat peraduan, wifi dan lemak pipi. Eloklah berjalan keluar sebentar.

Alang-alang, beli sedikit barang bekalan bermusafir dan sedikit brang dapur. LE 20 semuanya.

Serta-merta aku tunjukkan sesuatu yang tak pernah aku simpan rapi di rumah. Malu kot keluarkan sampah pembungkus dari dalam beg tangan. Lantaklah, dari rumah tadi, plastik kerepek kentang tu siap aku kepilkan bersama resit bertarikh 29 Disember 2012.

“Hari tu aku beli dua potato chips ni, tapi belum bayar.”

Akanku tamatkan permainan petang ni jua.

“Resit tak masukkan harga item-item ni. Berapa ya harganya?”

Lepas tengok bukti pembelian tadi, dia jawab “LE 5.”

Dipendekkan cerita, kata juruwang aku amanah. Siap cakap-cakap dgn orang sebelah, sekali dengan makcik pelanggan lagi. Respon positif atau negatif, aku tetap malu.

Ah, tak ada yang ajaibnya perbuatan aku. Modal sembang-sembang petang barangkali. Tidak memasal jadi benda menarik memecah kebosanan penjaga kedai runcit itu.

Aku bayangkan diriku dalam watak juruwang warga Mesir tersebut. Naluri penyiasatan mengatakan, boleh sahaja aku buat-buat bayar dua bungkus kerepek kentang padahal ada lebih daripada 5 item lain aku ambil tak bayar. Pada masa akan datang, dengan good impression yang berjaya dikekalkan, mudahlah aku mencuri di kemudian hari dengan riang gilang gemilang.

Zaman sekarang, bersangka baik ini tak semudah ditutur. Tapi alhamdulillah,

“LE 5 je pun.” katanya. Ikut terjemahan lembam aku lah.

Kalaulah bahasa Arab aku tahap tinggi lagi, hendak saja aku cakap,“Kerepek kentang yg cashier tempoh hari lupa masukkan dalam resit ni dah menyebabkan saya mimpi berbahasa Arab buat kali kedua dek mengarang dalam otak ayat macam mana nak bagi pakcik tak curiga pada saya. Saya boleh jadi gila hanya disebabkan LE 5, lebih parah jika masuk neraka!”

Tanda seru bukan maksud marah, tapi manifestasi gundah gulana Siti Paranoid.

You see, sometimes it’s the insecurity which moves girls forward, even in the late evening where it’s near Maghrib adhan. Haha tak ada kaitan langsung.


2 comments:

  1. aiyoo... how come u didnt take a glance just to see what item that u bought... bahaya... LE 5 pun duit ma, untung sikit pun, untung ma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana, selama ni pun kedai tu dah selalu main bantai dua jenis item gabung terus harga nya, eg. item A LE5, item B LE10.
      Terus dlm list resit item X LE15, that's why tak bother sgt.

      Itu pun nasib baik kat uma kira betul2 sebab nak claim duit beli barang housemate.

      Delete