Thursday, July 28, 2011

Summer Heat Grace

I think I'm enjoying this summer heat. 

Pagi yg indah, gadis berbaju kurung berjalan-jalan nak beli ayam. Pakcik kedai buat lawak hambar tapi masih mampu buat aku ketawa. Post ni bakal jadi post yg trillion membosankan dari post-post sebelumnya. Sebab aku mulakan perenggan dgn gambaran rutin. Thus, I'll pick one subject out of the cliche to get into the focus. 

Baju kurung.

Aku pernah keluarkan kenyataan, kalaulah ini boleh dinamakan sebagai hasil senibina, aku akan kata inilah antara hasil seni bina yg cemerlang lagi praktikal. Sebelum terbang buat kali pertama ke Bumi Anbiya' ni, ku sangkakan baju kurung sudah tak relevan lagi. Aku beli jubah ketiga aku. Sedihnya kerana suatu hari aku salah  bajet panas seterika, ohh hampir x dpt diselamatkan. But hey! It's still wearable...! Nada gedik.

Tahukah anda, nak2 waktu musim panas atau dlm cuaca negara beriklim hutan hujan khatulistiwa (tolong faham, aku dah lama tak kaji geografi), baju kurung sgt praktikal. Pengudaraan, pergerakan semuanya cantik. Tapi common sense la, musim panas ni kalau kau buat baju kurung pakai kain baldu atau kain yg buat winter coat tu, confirm la kau keji baju ni.

Pesak, pada bahagian lengan baju mmg banyak dah menyumbang keselesaan. Aku bayangkan, bolehkah kalau kita buat pesak pada jubah? Entah. Takut jadi pelik pula. Haih. yang pelik2 shj kau fikir M...

Amoi 1: Yang pelik2 itulah asas rekaan juga tau!
M: (smiling) Nak2 sekarang ni mcm2 tak mustahil.

Kalau kawan yg kenal M nak ckp, "Tiba2 je." dah kena dah tu pada tempatnya. Org lain tgh mood lain, tiba2 cerita baju kurung. Apalah. Lantak, malas nak delete dan edit. Heh.

Amoi 2: Op, opp... Sekarang kan summer, sesuai lah tu. Tadaa.
M: mode gadis melayu. Tetibe.

Itulah, tak sangka aku masih relevan baju kurung, di negara org pula.  Masa sekolah2 dulu aku memang prejudis sikit pada baju kurung. Dulu prinsip aku, seminimanya aku akan pakai baju kurung. Hanya sesuai utk ke majlis kenduri, hari raya dan seumpama dengannya. Mujur warga Mesir ni terbuka bab fesyen. Tak pandang pelik. Atau adakah dah biasa tgk org2 Malaysia berlegar2 di tanah air mereka? Tak tahu.

 Cerita ttg baju kurung, mestilah sinonim dgn hari raya kan, kan kan... Huhu. Eh, tapi ingat... rebutlah keuntungan yg ditawarkan dlm bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni. Itu nikmat lebih tak tergambar. Carilah keberkatan Ramadhan. Setahun hanya sekali. Org kata Ramadhan di Mesir meriah. Aku belum merasa genap Ramadhan di sini. Tak tahulah kalau2 ada tahun yg Allah takdirkan Ramadhan aku di sini. I'll be ready for that, insya Allah.


p/s: "Awak balik (Malaysia) sorang2 ke dgn 'kawan' tu?" tanya Kak NM
      "Eh, eh... mana ada 'kawan'," jawab aku, pehal aku rasa mcm org kantoi lak ni? Seriously tak ada 'kawan' lagi. Haihh. Kot ye pun nak bergurau. Senior kesayanganku buat cuak je malam2 balik dari kelas tafsir Surah al-Furqan. Haihh. (mengeluh sekali lagi pasal belum ada 'kawan' kah? Haha.)

No comments:

Post a Comment