Mengajar atau menjadi guru bukan satu kerjaya mudah . Bukan juga profesion remeh yang boleh diperlekeh-lekehkan. Silap-silap, mereka yang pilih institusi perguruan sebagai pilihan terakhir kerjaya hidup bakal melahirkan tenaga kerja yang berprinsip makan gaji. Dan aku bakal jadi orang berasa bersalah kerana tak berjaya betulkan keadaan dengan mengikut naluri kanak-kanak aku.
Sekolah Rendah
Cita-cita?
Cikgu!
Zaman kanak-kanak yang penuh kepastian. Semakin terdedah kepada kebenaran, hati semakin dihasut oleh was-was. Eh, tak perlu gusar... Tidaklah aku sedang memilih jalan yang tidak aku gemar. Malahan, aku telah mencabar diri aku pada saat aku klik pilihan ini melalui JPA.
Sasaran tertinggi aku setakat ni, jadi seorang yang hebat dan kemudian kerjaya pensyarah rebutan. Kemain engko...! Konsepnya mengajar juga, bukan? Only the pathway IS LONGER. Tahun 2009 tahun pengharapan. Dah puas kena maki hamun (atau apa-apa yang menguji mental) nanti, nak tengok lebat lagi tak target kau tu. Eh, betulkah penggunaan slanga ‘lebat’ ni? Hehe. Semacam saja.
Amoi 1: Tahukah anda, Suharto ialah antara pemimpin yang pandai berpidato.
M: Saya ada baca itu.
Sekolah Menengah
Cita-cita?
Doktor!
Selang beberapa pelajar, HN jawab pula, “Cikgu!” How sweet and decent! Nasib baik aku ada dendam sedikit semasa tingkatan 2. Kalau tak, mungkin aku boleh admire kau sikit-sikit. Tui, tui, tui! Kengkonon buat ludah yang sikit-sikit kengkonon comel. Tahu tahu beliau memilih bidang kedoktoran di Tanta... Haa... Begitulah ceritanya beliau memang nak tiru aku ambil medics di Mesir... Tengok, aku tak malu mengaku yang aku perlukan dos kepujian palsu minggu ni.HambarHambarHambar
Dalam Buletin Utama bertarikh 20/9/2011 aku dengar ada cikgu kurung murid lemah akademik untuk halang mereka menduduki UPSR. Memang binatang! Sedih! Kerjaya mulia itu serta merta tercalit dengan tahi mentaliti hodoh mereka yang berkenaan. Ada apa dengan graf? Graf, graf, graf... Ada apa dengan graf?!!! Fasal sekolah berorientasi peperiksaan itu cerita lain. Kes ini namanya menyekat hak orang yang berhak.
Mak selaku guru berpengalaman cakap, “Alah, cikgu tu paling tidak pun kena tukar (ke sekolah lain)...” Sinis.
p/s : Berbaloikah Toshiba Portege T210-1026R yang Harvey Norman DotDotDot katanya susah nak dapat pembekal ni? Tawakal, moga segalanya bermanfaat. Engkau tahu, tempoh hari si Encik O, the salesman nak offer aku display punya. Ada ka patut...