Ada orang hatinya sakit, langsung tanpa petanda. Mata di luar yang celik pasti terpanggil untuk membantu dengan segera penuh cermat agar dipastikan terserap mesej berhikmah. Orang yang rosak tak merasakan apa-apa, keras dan kaku. The kind of piece which is so friable and could irreversibly rupture anytime out of conscience. Bukan sifat teguh jika begitu, tapi sifat keras ibarat fibrosis tebal. Kes kronik.
"Orang kalau dah biasa melawan fitrah, lama-lama terbiasa dan tak merasa pelik langsung dengan benda pelik (tak bermoral, bertentangan syarak/ peraturan) yang dia buat." Diubahsuai oleh M, adaptasi daripada mentor usrah semester lepas.
Ada satu jiwa yang ku kenali, berada dalam kalangan lebih kurang 7 billion populasi seluruh planet subur, manusia comel. Ia telah merasakan sakit sekali. Barangkali faktor luaran seperti desakan stres dan kepekaan optimum. Lalu ia berasa sakit apabila tersedar yang ia tercondong dari puncak sasaran azam barunya. Fuhh, jangan sesekali kau cuba menjadi kronik!
What's called distraction. What's called 'fable'. The forbidden dream. And it costs a broken heart moment after that, back in reality.
"Ya Allah, inikah ujian untuk orang hebat? Aku redha. Atau inikah penanda aras yang aku masih di tahap yang sama? Aku malu."
Ia menanam rasa sayang, mencabut rumpai samseng beracun dalam hati setiap hari. Hatinya girang dengan rasa sayang kecuali pada suatu hari, kecelaruan menjerang darah mudanya. Rasa seperti si fulan anggap dirinya/pertimbangannya jahat. Ya, hatinya pernah jahat. Kecelaruan bertukar kekacauan.
"Ya, memang aku jahat. Aku akan betul-betul buat jahat. Aku akan ingkar isi penting nasihat engkau."
Duduk bermuhasabah jauh daripada manusia lain dan berbisik, "Nafsu kemarahan ini, mungkin kerana aku sedih tak bertempat. Aku yang menyebabkan kesedihan itu. Aku yang telah biarkan pengharapan berbunga-bunga, tanpa bersandar kepadaNya, Yang Maha Mengetahui. Akhirnya bunga yang buruk dan berkulat buat aku sedih."
Finally she cried, "And I project the anger (in my heart by negligence) to the wrong person being at the wrong time."
p/s: Yang ini aku tambahkan kemasinan emosi sedikit. Tempoh hari kurang berpuas hati dengan selitan elemen2 artikel DotDotDot, percubaan pertama dalam hidup Sang M. Heh.
Amoi 1&2: "If it is not you, it'll be someone like you combined with another blessed people. Combo!" quoted from the character above.
M: Experience at home really made the girl doubtful on The Dream so she called it The Forbidden Dream.
No comments:
Post a Comment