Monday, February 20, 2012

Chocolates Unite


Monday breakfast desert was Pharmacology Quiz. 

"Indomethacin is one of the MOST potent COX enzyme inhibitors, NOT aspirin."

Later, moment I've been waiting for. It’s learning prescription writing. Since I was small, I've been wondering how a doctor can prescribe medications. My childhood common sense told me that there are thousands weird names to memorize. ‘Paracetamol’ was the first drug scientific name I've known. Thanks to TV ads.

"Ubat ini mengandungi kadar paracetamol yang dibenarkan."  at the end of the commercial.

 I don’t know if I’ll have what it takes in prescribing. But there is one key for the medical practitioner to be. Someone said,

“Common diseases are common.”
May I add, if it’s uncommon, then supposedly my Plan B sounds like, flipping pages, Google or asking professionals. Lifetime learning in brief.

A prescription is something which has Superscription, Inscription, Subscription and Refill (the book says this is not usually necessary.) details. Basic format. Not to mention the doctor's signature, obviously. Daa.

“Berapa banyak –cription daa…,” whispered Siti Shahirah.
I was entertained. 

When we're young, prescription is:

-Sakit: Demam
-Ubat: Demam, batuk, selsema.

and

-Sakit: Batuk
-Ubat: Batuk

Excitedly, scribbling amateur signature. At least the concept was there. 

I guess my aunty was absolutely ‘genius’ to get me a sort of mini surgery/doctor-role-play/whatever the thing is ('dang' I couldn't find it anywhere on internet) set as a gift. I was a bit stressed at first because it can mean, “M, be a doctor. Be a doctor when you grow up. Be  doctor…!” ghost tone. 

“Since when Im’ma be doctor?” a statement 15 years ago.

Horizons widen. I love Medicine. I love Pharmacology. Wee.

Amoi 2: Shut up.
M: Wee Wee Wee Wee Weeeeeeeee. Okay I’m done.


p/s: Love knowledge,  it will love you back. Yet, Allah's love is unconditional. 




Someone remember this nasyeed? :) Suddenly  I do.

Saturday, February 11, 2012

Little Creatures

Sampai di gerbang fakulti perubatan Kasr el-Ainy dengan hati girang beserta harapan baru.


"Kelas tak ada."


Remuk hatiku, saat akhir kelas Mikrobiologi dibatalkan.  Tak bestnya tak bestnya. Patutlah seorang rakan sebaya berjalan arah bertentang sambil memegang telefon bimbit semacam pegang kompas atau sedang merujuk GPS. Barangkali sedang menghebahkan tentang pembatalan tersebut. 


Katanya rakyat jelata di Mesir akan berkumpul ramai-ramai hari ni. Jadi eloklah berjaga-jaga. Esok barulah ada kelas. Esok masih ada. Assignment Farmakologi masih tak siap. Go M go!


p/s: obsesi terhadap Mikrobiologi makin memuncak.

Thursday, February 9, 2012

Atenas Hostel: Being Thin is Good


Percutian ke Sepanyol dah lama berlalu pergi. Menjejak semula Kaherah pada 5 Februari 2012 kala bandar ini masih berbunyi-bunyi walaupun langit sudah hitam pekat. Pasti aku rindui Sepanyol dan orang-orangnya terutama sekali Anna. 

Daku letak dua beg kecil bersebelahan, tenung lama-lama kemudian meminta pendapat taulan pula. 

"Mana satu paling okay bagi kat mak-mak?"
"Yang ni." jawab si kawan.
"Aku pun rasa macam tu." Muktamad. Sekadar beg kecil yang dirasakan elegan dan punyai aura tenaga untuk Mak yang berdedikasi dalam kerjayanya. 

Siap dibungkus, bayaran tersimpan cermat dalam mesin juruwang, resit diterima dengan senyuman. Kemudian, aku mengalih pandanganku dari dompet ke satu sudut.

"Teman-teman sudah tiada!" Cuak bercampur lucu. Macam silap mata. Memang epic betul. ‘Bertuah’.

Aku pandang muka orang putih tadi dengan riak hairan, dia pun hairan juga. Aku terasa cuak dan terasa macam nak ketawa. Haish, 'malasnya' nak hadap babak macam ni... Dahlah M buta jalan. 

"Your friends are gone..." 

Aku tersengih. Dalam hati, janganlah dia simpati padaku sampai rasa nak nangis. Aduh, tandus buah fikiran. Seorang diri. Jika berdua tak apa lagi. Alah, chill sajalah.

"Ya Allah, cepat-cepat gerakkan hati mereka. Mereka ada budak hilang..." Betul-betul rasa macam anak kecil. Buta Jalan.  So unbelievable that I'm actually 21 this year. Tapi secara refleksnya aku yakin ini perkara kecil. Allah sentiasa jaga budak perempuan yang ‘cacat’ ini. 

Aku pun menunggu di luar agar mudah dilihat. Tercegat macam awek setia yang ditinggalkan boypren. Kemain gitu. Sila datang segera untuk lempang saya. Huhu. Takkan ku lupa udara sejuk malam Granada yang terasa sedang-sedang kerana berfikir secara kritikal membebaskan haba ke seluruh kulit. 

"It's cold outside. Why don't you wait inside?"

Tersengih saja yang aku tahu. Failed betullah M!

"Do you need any help? I can take you to your hotel." 

Sampai dua kali dia tawarkan pertolongan.

"...I don't know what else I can do to help you." Anna akhiri tawaran kedua.

Untunglah, tak ramai Spanish fasih bicara bahasa Inggeris. Aku terus memerah otak bagaimana supaya aku akhirnya dikesan teman-teman dalam masa paling pantas. Haha. Baguslah M, sebarang nombor kau tak simpan. Baik, ku cuba ingat nama hostel. Bermula dengan abjad, 'A'. Atrusa, At... At... 

Perempuan dekat mesin juruwang tadi nampak macam bos Anna. Entah. Aku pun, "Al... At... Al..." tergagap-gagap menunjukkan betapa sedikit yang aku ingat tentang hostel tu. Dia tulis perkataan, 'Atenas'. Familiar to me. Atenas? Gran Via? Familiar names.

Kali ni aku menerima pertolongan Anna. Orang Croatia rupanya, Sedang berjalan menuju hostel Atenas tu, kami berborak.

“You’re married?” aku tanya.
“No, but I have a boyfriend. You?”

Sentap hatiku. Menyesal tanya. Sensitif dowh soalan tu. LOL. Dengan penuh perasaan, “Everytime I like someone he already has someone else!” Tu dia, bercakap macam budak umur 6 tahun tapi itulah jawapan klise aku. Haha.  Awal-awal lagi pun orang kedai tu ingat aku baru umur budak sekolah.

Besar mata Anna bila aku kata aku 21 tahun.  Patutlah concern gila padahal aku dah buat muka setenang yang boleh tak mahu bagi org lain buat ekspresi kasihan. Haih.

Kami bersalaman mengucap selamat tinggal.

“I have to go back to my work, okay…?”

Lepas tu, barulah boleh buat muka cuak tahap 98 dalam bilik takut kena marah dengan kawan-kawan.

Aku bayangkan mereka akan cakap, “Itulah, lain kali alert!” Mesti malu. Nampak sangat menyusahkan orang. Waa. Mundar mandir. Makan roti disapu jem strawberi untuk menenangkan perasaan. Hehe. 

Moral di sini ialah aku terbukti berbadan bak sekeping papan sampai orang tak perasan. Dah banyak kali kawan kehilangan aku walaupun aku di sebelahnya.          -_________-  

Di mana sahaja kita berada, para Sang Buta Jalan MESTI teriak awal-awal, “Tunggu aku, aku di sini.” kalau anda yang terakhir membayar di kedai. Just in case. 

"Kalau orang lain kena baca 5 kali, aku kena baca 10 kali. "     (quote diri sendiri)

Amoi 2: loser betul quote diri sendiri. 

p/s: Wee… Semester baru bakal menjelma. Bestnya bestnya.