Thursday, February 9, 2012

Atenas Hostel: Being Thin is Good


Percutian ke Sepanyol dah lama berlalu pergi. Menjejak semula Kaherah pada 5 Februari 2012 kala bandar ini masih berbunyi-bunyi walaupun langit sudah hitam pekat. Pasti aku rindui Sepanyol dan orang-orangnya terutama sekali Anna. 

Daku letak dua beg kecil bersebelahan, tenung lama-lama kemudian meminta pendapat taulan pula. 

"Mana satu paling okay bagi kat mak-mak?"
"Yang ni." jawab si kawan.
"Aku pun rasa macam tu." Muktamad. Sekadar beg kecil yang dirasakan elegan dan punyai aura tenaga untuk Mak yang berdedikasi dalam kerjayanya. 

Siap dibungkus, bayaran tersimpan cermat dalam mesin juruwang, resit diterima dengan senyuman. Kemudian, aku mengalih pandanganku dari dompet ke satu sudut.

"Teman-teman sudah tiada!" Cuak bercampur lucu. Macam silap mata. Memang epic betul. ‘Bertuah’.

Aku pandang muka orang putih tadi dengan riak hairan, dia pun hairan juga. Aku terasa cuak dan terasa macam nak ketawa. Haish, 'malasnya' nak hadap babak macam ni... Dahlah M buta jalan. 

"Your friends are gone..." 

Aku tersengih. Dalam hati, janganlah dia simpati padaku sampai rasa nak nangis. Aduh, tandus buah fikiran. Seorang diri. Jika berdua tak apa lagi. Alah, chill sajalah.

"Ya Allah, cepat-cepat gerakkan hati mereka. Mereka ada budak hilang..." Betul-betul rasa macam anak kecil. Buta Jalan.  So unbelievable that I'm actually 21 this year. Tapi secara refleksnya aku yakin ini perkara kecil. Allah sentiasa jaga budak perempuan yang ‘cacat’ ini. 

Aku pun menunggu di luar agar mudah dilihat. Tercegat macam awek setia yang ditinggalkan boypren. Kemain gitu. Sila datang segera untuk lempang saya. Huhu. Takkan ku lupa udara sejuk malam Granada yang terasa sedang-sedang kerana berfikir secara kritikal membebaskan haba ke seluruh kulit. 

"It's cold outside. Why don't you wait inside?"

Tersengih saja yang aku tahu. Failed betullah M!

"Do you need any help? I can take you to your hotel." 

Sampai dua kali dia tawarkan pertolongan.

"...I don't know what else I can do to help you." Anna akhiri tawaran kedua.

Untunglah, tak ramai Spanish fasih bicara bahasa Inggeris. Aku terus memerah otak bagaimana supaya aku akhirnya dikesan teman-teman dalam masa paling pantas. Haha. Baguslah M, sebarang nombor kau tak simpan. Baik, ku cuba ingat nama hostel. Bermula dengan abjad, 'A'. Atrusa, At... At... 

Perempuan dekat mesin juruwang tadi nampak macam bos Anna. Entah. Aku pun, "Al... At... Al..." tergagap-gagap menunjukkan betapa sedikit yang aku ingat tentang hostel tu. Dia tulis perkataan, 'Atenas'. Familiar to me. Atenas? Gran Via? Familiar names.

Kali ni aku menerima pertolongan Anna. Orang Croatia rupanya, Sedang berjalan menuju hostel Atenas tu, kami berborak.

“You’re married?” aku tanya.
“No, but I have a boyfriend. You?”

Sentap hatiku. Menyesal tanya. Sensitif dowh soalan tu. LOL. Dengan penuh perasaan, “Everytime I like someone he already has someone else!” Tu dia, bercakap macam budak umur 6 tahun tapi itulah jawapan klise aku. Haha.  Awal-awal lagi pun orang kedai tu ingat aku baru umur budak sekolah.

Besar mata Anna bila aku kata aku 21 tahun.  Patutlah concern gila padahal aku dah buat muka setenang yang boleh tak mahu bagi org lain buat ekspresi kasihan. Haih.

Kami bersalaman mengucap selamat tinggal.

“I have to go back to my work, okay…?”

Lepas tu, barulah boleh buat muka cuak tahap 98 dalam bilik takut kena marah dengan kawan-kawan.

Aku bayangkan mereka akan cakap, “Itulah, lain kali alert!” Mesti malu. Nampak sangat menyusahkan orang. Waa. Mundar mandir. Makan roti disapu jem strawberi untuk menenangkan perasaan. Hehe. 

Moral di sini ialah aku terbukti berbadan bak sekeping papan sampai orang tak perasan. Dah banyak kali kawan kehilangan aku walaupun aku di sebelahnya.          -_________-  

Di mana sahaja kita berada, para Sang Buta Jalan MESTI teriak awal-awal, “Tunggu aku, aku di sini.” kalau anda yang terakhir membayar di kedai. Just in case. 

"Kalau orang lain kena baca 5 kali, aku kena baca 10 kali. "     (quote diri sendiri)

Amoi 2: loser betul quote diri sendiri. 

p/s: Wee… Semester baru bakal menjelma. Bestnya bestnya.

No comments:

Post a Comment