Monday, April 21, 2014

Your Rainbow is with Me



Pemanas sendi-sendi jari tuan punya yang telah lama tak ada ilham. Terimalah, 

Pelangi Kelabu

Patutnya sekarang 
Aku sedang ubah suai projek peribadi aku.
Berbulan tarik tali, kata hati masih tak bulat.
Dari petang tadi jiwa tak keruan.
Beberapa jam sebelumnya dada aku sakit.
Perut, paru-paru atau jantung?
Tapi terlalu dekat tajamnya pada bucu jantung.
Selalunya beberapa saat.
Hari ini bisa helaan nafas lebih lima minit.
Apa kata kalau ajal di dalam sebuah dewan?
Mula-mula takut.
Kelamaan saraf euforia.
Pasti aku boleh tidur dengan tenang.
Berbanding benda sial yang wajib atas tengkuk aku.
Maut lebih manis.
Logiknya aku tak perlu terkejut.
Dongak ke atas sana.
Rembulan bercahaya penuh.
Patutlah.

Rekaan monolog terbaru. Nikmatilah perasanya. Rasakan sengsara itu, sama ada benar-benar wujud dalam kisah aku atau menurut khayalan kamu.



p/s: Sekali-sekala. 

5 comments:

  1. Replies
    1. Nak tulis teater monolog tak pandai.
      So yeah.
      Bukan sajak.

      Delete
    2. thought so bukan sajak
      sebab aku cuba nak baca tetapi tak jumpa jumpa lagu dia
      teater monolog, tak pernah tahu pun benda itu wujud

      Delete
  2. Bacalah stail sajak 'Sepi' combine karakter sadis & psiko. Haha

    ReplyDelete