Tuesday, March 29, 2016

I Want to Shelter You

Kerawakan ku dedikasi buat yang melawan sakit.


xxxxxxxxxx


Semalam Aya melawan setan dalam dirinya lagi. Sudah seperti ketagihan, Aya berkira – kira kalau tiba masanya dia berjumpa seorang pendengar. Cuma Aya boleh puji dirinya atas jumlah serangan ketagihan yang berkurangan dalam kadar mendadak.

Kepenatan dan stres selalu jadi pemberat yang menekannya, membuatkan Aya percaya bahawa lubang hitamlah tempat sembunyi. Lubang hitam telah bersatu dengan segala yang paling dalam sampaikan susah hendak ditimbus. Aya berharap lubang hitam belum tumbuh akar. 

Akar puaka ini, kalau cuba dikikis walau sedikit, boleh menyebabkan seluruh diri Aya hilang. Aya masih ingat azab hampir kehilangan dirinya. Akan tetapi, hikmahnya, Aya mendapat ilham menyoal, 

"Bagaimana, apa dan siapa menjadikan aku?"

Buat sementara waktu, tidak dapat buang, cukuplah ubahsuai. Langkah pertama ialah memasangkan lubang hitam dengan seberapa banyak warna kesedihan supaya Aya mengelakkan lubang hitam sebagaimana kesedihan selalu dielakkan. Bertambah dalam warna kesedihan, bertambahlah berkesan.

Aya sungguh terharu dengan bayu siang tadi. Baginya, dia tidak layak untuk memperoleh nikmat sebegitu. Tidak terkira banyaknya waktu dia berasa ingin putus asa. Semalam sebelum dia kalah dengan setan itu, dia terbayang wajah – wajah insan mulia di sekelilingnya tiap hari dia bekerja.

“Kenapa tambah kesakitan rasa bersalah aku selepas ini?”

Manisnya ketika duduk dalam lubang meragut segala kemanisan usai keluar dari lubang. Apatah lagi sebelum Aya kalah semalam, wajah – wajah mulia yang muncul, seolah – olah warna kesedihan kekeringan, seterusnya memanggil warna kasih demi menyelamatkan Aya. Nah, rasa pahit yang sedap. Terima kasih kepada Yang Memberi.




p/s: Pakai topeng seperti biasa.

Sunday, March 13, 2016

Alive


"Saya nak Nasi Ayam."

"Err, Ayamnya masak bila, ya?" I was impressed that my awkward and shy younger brother boldly asked that just to be safe.

Amoi: OCD in the making?
M: More to PTSD (metaphorically speaking).

The waiter was speechless and
 I was like, "The waiter won't answer that," I smiled and my jaw dropped at the same time.

Okay, the Chicken Rice arrived at our table.

"Apa kata Mak makan dulu. Mak mesti lapar," since Mak's Roti Canai had not arrive yet. Yeah, right. It was his way of early inspection. Long ago, Adik had a bad Chicken Rice experience.

So I started to make a joke about Adik's maggot story.
 I hoped two guys next to our table did not hear us talking about fly eggs.

No maggots. All clear and of course, he did another careful examination before he took the first bite.




Monday, March 7, 2016

Unconfessed


Aku pun dah lupa berapa lama sejak keputusan peperiksaan keluar. Sekarang aku sangat tenang dan amat menghargainya. Cuma berdebar sedikit, memikirkan kerjaya dan menunggu kargo. 

Malam nak terbang ke Malaysia memang tak dapat nak touching touching tinggalkan Mesir. Sangat serabut. Ada beberapa kesulitan yang membuatkan aku tak dapat nak siapkan packing awal - awal. 

Makanya, masuk Isyak 29 Februari baru siap semua. 9 malam dah kena gerak ke lapangan terbang. Itupun lepas tu, ada benda bodoh yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku. Macam biasa, aku berdoa supaya menjadi lebih bijak dan rajin pada masa akan datang.

Hari ini baru berjinak - jinak baca jadual imunisasi serta mengimbau kembali sisa - sisa ilmu Pediatrik dan Mikrobiologi yang terselamat dari banjir lagha dan MSG. 



p/s: We can still be like Leonardo and Kate.