Kerawakan ku dedikasi buat yang melawan sakit.
xxxxxxxxxx
Semalam Aya melawan setan dalam dirinya lagi.
Sudah seperti ketagihan, Aya berkira – kira kalau tiba masanya dia berjumpa
seorang pendengar. Cuma Aya boleh puji dirinya atas jumlah
serangan ketagihan yang berkurangan dalam kadar mendadak.
Kepenatan dan stres selalu jadi pemberat yang
menekannya, membuatkan Aya percaya bahawa lubang hitamlah tempat sembunyi. Lubang hitam telah bersatu dengan segala
yang paling dalam sampaikan susah hendak ditimbus. Aya berharap lubang hitam
belum tumbuh akar.
Akar puaka ini, kalau cuba dikikis walau sedikit, boleh menyebabkan seluruh diri Aya hilang. Aya masih ingat azab hampir kehilangan dirinya. Akan tetapi, hikmahnya, Aya mendapat ilham menyoal,
"Bagaimana, apa dan siapa menjadikan aku?"
Buat sementara waktu, tidak dapat buang, cukuplah ubahsuai. Langkah pertama ialah memasangkan lubang hitam dengan seberapa
banyak warna kesedihan supaya Aya mengelakkan lubang hitam sebagaimana kesedihan
selalu dielakkan. Bertambah dalam warna kesedihan, bertambahlah berkesan.
Aya sungguh terharu dengan bayu siang tadi. Baginya, dia tidak layak untuk memperoleh nikmat sebegitu. Tidak terkira banyaknya waktu dia berasa ingin putus asa. Semalam sebelum dia kalah dengan setan itu,
dia terbayang wajah – wajah insan mulia di sekelilingnya tiap hari dia bekerja.
“Kenapa tambah kesakitan
rasa bersalah aku selepas ini?”
Manisnya ketika duduk dalam lubang meragut segala kemanisan usai keluar dari lubang. Apatah lagi sebelum Aya kalah
semalam, wajah – wajah mulia yang muncul, seolah – olah warna kesedihan kekeringan, seterusnya memanggil warna kasih demi menyelamatkan Aya. Nah, rasa pahit yang sedap. Terima kasih kepada Yang Memberi.
p/s: Pakai topeng seperti biasa.
No comments:
Post a Comment