Saturday, February 19, 2011

Semakin Berat

Mesir: Pengajian Pelajar Mungkin diteruskan di Malaysia


Semakin lama, semakin 'hijrah' ini berat rasanya. Ini sememangnya hijrah yg berat bagiku, iaitu hijrah balik ke tanah air sendiri. Telah ku niatkan sejak aku klik borang maya tu, aku akan rehab diriku di sana & sempurnakan impian seorang insan yg 'menangis' bertahun-tahun lamanya. Adakah ini tandanya Allah sedang menguji aku? Sekarang aku tgk diriku. Aku tak 'siap' lagi. Dadaku terasa berat. Sedih bila dpt tahu kemungkinan besar yg kami terpaksa teruskan pngajian di sini. 


Aku masih mengharap. Berdoa.


Bukan bermaksud aku benci atau tak pandang pengajian di sini. Cuma aku dah plan mcm2 dan aku dah sgt serasi belajar di sana. Ni masa depan aku. Ni impian Mak juga, sempurnakan pengajian di Mesir. Sudahlah semalam aku terbaca ttg betapa ramainya graduan perubatan sekarang ni. Tenaga pengajar berkebolehan pula kurang. Dlm otak aku, "MANA AGAKNYA KAU NAK CAMPAK KITORANG???"


Aku tahu mungkin kedengaran kurang praktikal dlm waktu sekarang, tapi aku ulang, aku betul2 nak sambung di sana. Kalaulah tiada jln dan kami terpaksa juga kuatkan iman duduk di sini, moga2 jgnlah kami dicampak secara CINCAI BONCAI saja. Secara logiknya, sedangkan student yg mendaftar di IPTA pun beresak2 nak dptkn tempat, inikan pula kami. Takkanlah planning mcm tu boleh terlengkap dlm setahun. Jadi adakah kami terpaksa menumpang di beberapa dewan kuliah? Adakah kami akan dipisahkan, diselitkan bersama pelajar asal (Okay that's the worst scenario I expect)? 


Kemudian ura2 nak import lecturer sana. Have we prepared for the cost? What about books and system? Can you manage us well? Note, Egypt U system is not same like here. Jadi bagi aku ini satu kerja rumit, tak boleh cincai2. Ini mcm hampir sama dgn membuka cawangan universiti2 di Mesir.  Aku tak tahu ttg system pengajian Islam tapi apa yg aku tahu, aku pilih bidang ni bukan mcm belajar masak2 di rumah. I'm serious. Tiada kata putus muktamad tapi aku tak mahu jadi sebahagian rakyat yg pernah terkena bahana CINCAI BONCAI di Malaysia ni. Moga2 mrk yg di atas sana cukup bijak utk buat benda yg bijak. Anda mesti faham maksud M bukan?


p/s: menangis

6 comments:

  1. hey yam.chill okey

    p/s : aku pun x tahu kenapa aku cool, tp aku yakin semua ni ade himahnye :D

    ReplyDelete
  2. dah ada yang sudi nak hantar balik egypt ni harap harap memang betul la dapat balik sana. huwaaaa nak buku!!

    ReplyDelete
  3. sabar and teruskan berdoa.
    Allah yg plan. tu kena paham...
    semua orang ada masalah sendiri...
    tapi masing masing ade cara pennyelesaiannya.
    saya berdoa yg terbaik utk awak.
    gigih dan gigih .. terus gigih!...

    ReplyDelete
  4. KB: hrp entri ini x meng'tension'kan org lain

    nisa' : sah2 ler u cool, star student kot.

    zida: even ak tpaksa dok kt hostel spanjang SPM, ak bwk hampir 1 rak buku2 ak. HUH. dan sekarang? we can't keep everything 4ever.

    sista arina: thx... ur comment is always da best la i tell u. huhu

    ReplyDelete