Friday, March 23, 2012

Child

Jika aku anoreksia esok, aku berjaya... Secara serius, hilang segala nafsu makan. Dulu aku telan segala, buat masa ini obsesiku melewati semua. Barangkali aku harus bercampur lebih kerap. 


Aku rindu taulan sekelilingku tapi wahai buah-buah hatiku, biarlah jasad dan roh ini melangkah cekap sepenuhnya. Sekiranya tak mustahil, baik membisu terus dengan alasan malu dengan hasil lepas. 


Berikan aku dalam 2 bulan untuk jalankan pelan tindakan ala-ala  diet pesakit kencing manis. Aku sendiri pun gentar pada saat mencabar diri sendiri. Harap-harap taulan tak nampak aku macam hantu atau berpenyakit jiwa. Nama pun obses, bukan Obsessive Compulsive Disorder, apatah lagi Reactive Attachment Disorder.


Sudah, fikiranku optimis. Mahu atau paksa, rekod baru mesti diukir. Aku bersaing dengan gelodak darah mudaku, bukan jiwa asing. Inginku cantas hasutan tak berpatutan dalam kepalaku sehabis-habisnya. 


"Kalau latihan intensif ini semata-mata musibah kutipan mata yang lemah, aku ingkar."


Definisi fokus yang lebih kuat menurut imanku ialah khusyuk. Semakin gagah pergolakan dalaman, semakin terasa lebih dekat denganNya. Juga semakin tampak tanda-tanda doaku pasti dimakbulkan atau ditawarkan nilai lebih baik. 


Biarlah beberapa tempoh menjadi sudut aku berunding dengan jiwaku tentang susun atur perkataan, tingkah laku dan pemikiran supaya saling harmonis. Jika laut tak mampu disediakan, bumbung langit cukup sahaja menyaksikan.






p/s: latihan karangan gaya SPM. Bahagian saintifik nak berasap. Hampir rebel agaknya. Keh3. 
Arghh, pe kejadahnya semalam tonton tentang  Beth Thomas, aku pun tak tahu. 

No comments:

Post a Comment