Wednesday, April 25, 2012

Opera

Terlalu banyak sudah berlaku. Apa mahu dicuba telah terlaksana. Cubaan hari-hari genting kini pula meliputi jasmani, rohani, mental dan kewangan. Biasalah, duduk di bumi kinanah ni banyak bentuk ragam supaya otak tak jemu. Tiap tahun pasti dicabar. Macam masalah Matematik, corak masalah yang diberi berlainan tapi formula tetap sama.


 Lagi, ada beberapa hal belum selesai. Semoga berjalan lancar. Peperiksaan dan pengembaraan.


Kewangan? Tentulah sebilangan perkara yang ingin dicuba memerlukan pengorbanan berbentuk tambahan belanja untuk babak terjunan terbaru acara kehidupan . Istilah kolonialnya, 'gamble'. Tidak ada detik lain. Mesti sekarang juga aku melepaskan diri dari ikatan ketakutan terhadap kesempitan. Aku nak bebas. Namun, logiklah dengan perancangan. Tak ku kira berapa hari sudah satu jenis kemewahan itu aku tinggalkan. 


Pasang senyuman neutral, dahi menghala ke radiasi mentari dan kaki terus melangkah banyak-banyak. Siapa lagi jika bukan diriku yang terlebih dahulu mendidik jiwa sendiri. 


Aku namakan sesi 2011/2012 Tahun Keberanian.


p/s : Yang bawah sini buat hatiku sayu:


Berlayar berbelok-belok,
Sawah dibongkar di tempat tenang;
Yang tinggal hati tak elok;
Yang pergi hati tak senang


Cuba teka dari mana aku petik bunga - bunga kata di atas? 

2 comments: