Kaum hawa sebayaku pandai sungguh membuat
berjenis-jenis manisan. Tak seperti lauk-pauk yang boleh dicampak-campak ramuannya, aku
memang tak reti menghasilkan sebarang biskut atau kek.
Bagi aku bidang kuih-muih ni ibarat
Matematik Tambahan. Tak pun Matematik sekolah rendah masa aku kena panggil
dengan cikgu Matematik darjah 6.
“Awak ada masalah ke?” tanya cikgu Shahrul, mengambil berat.
Sayu hatiku. Maka aku hanya menidakkan soalan sambil tersengih-sengih kelat. Padahal memang sengaja aku protes tak mahu hafal sifir.
“Awak ada masalah ke?” tanya cikgu Shahrul, mengambil berat.
Sayu hatiku. Maka aku hanya menidakkan soalan sambil tersengih-sengih kelat. Padahal memang sengaja aku protes tak mahu hafal sifir.
“Apa pasallah sekolah rendah tak boleh
pakai kalkulator?” getus nilai ketidakmatanganku.
Berbalik kepada pembuatan manisan, suatu
hari aku nak juga cuba buat agar-agar santan. Lawa gambar Agar-agar Santan Ros
dalam blog masakan itu. Merah menyala, bentuk hati lagi. Romantica de amor.
Sebelum agar-agar tu rasa macam nutrient
agar makmal mikrobiologi, aku pun tampal catatan resepi pada peti sejuk.
Pelekat magnet pun siap berukir bunga ala-ala stail Inggeris, baik
dimanfaatkan.
Dek menyedari kehadiran sekeping kertas A4 tersebut,
Mak aku menegur. Tapi ayat yang last tu,
“Jangan sampai goreng telur pun kena tengok
resepi dah ler…” kata Mak separuh berbisik.
Dia punya impak… Hampir seakan-akan terpelanting aku
ke pintu pagar jiran depan rumah.
p/s: I am the inventor of Agar-agar Santan Ros Anemia.
No comments:
Post a Comment