Ikutkan hati, sementara tunggu keputusan pasti tarikh mula kelas, memang nak kerja.
Adakah aku akan menjadi waiter semula? Tapi rumah ini lebih memerlukan daku.
Haha intro tak mahu kalah ala-ala telenovela.
Siang semalam seorang diri aku menyusun atur perabot bilik utama. Bersihkan habuk pun boleh demam ke? Achoo!
Malamnya sambil melipat elok segala jenis kain, aku menonton filem Ibu Mertuaku. Ada satu babak Sabariah menanyakan Kassim Selamat, "Jika sesuatu terjadi padaku, adakah kau akan tetap bersamaku?". Lebih kurang maksudnya.
Tapi dia lupa hendak bertanya pada dirinya adakah dia sanggup bersama Kassim waktu susah dan senang. Terfikir juga aku, bolehkah aku menjadi seperti Chombi, menerima Kassim tidak kira bagaimana rupa?
Memang tidak boleh dinafikan, watak Sabariah memang kuat berhibur. Maklumlah, orang tak biasa susah.
"Alah Kassim...!"
p/s: Lama dah tak mengikuti drama Ummi. Jatuh hati sangat pada drama ni.
No comments:
Post a Comment