Tuesday, August 3, 2010

Dugaannya Lain-lain

Apabila aku melangkah ke KLIA yg tersergam indah, aku terasa 'jakun' sebentar.

"RAMAINYA ORG M'SIA!!!"

Ya... Itulah bisikan hati manusia yg baru setahun berhadapan dgn,

"Ni hao, ni hao..."  dan lebih menyakitkan hati, "jhfhufbc  shue huu hshsusbsjshdcj" seolah2 mengejek percakapan kami. Huh, aku yg terlalu emotional. (Usahlah ambil hati tak tentu pasal, M...)
"Aku lempang juga anak Arab ni." Aku masih seorang yg 'berdarah panas', tapi boleh dikawal... haha

Dugaan di mesir lain, kekacauan jiwa di malaysia lain. Selak surat khabar, opps, artis Malaysia berpakaian spertinya standard zaman ini begitu. Tak kasar jika saya katakan, berpakaian seolah2 mahu melenyapkan Islam dan bangsa sendiri. Buka televisyen, opps, apakah keserabutan itu? Nasib baik masih disiarkan Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa tu. Jikalau semua program keagamaan pun dah tak ada dlm media massa, tak tahulah apa yg tinggal. Secara terus terang, dulu aku yg 'rebellious' mmg tak hirau semua tu. Tak pernah sedar kekosongan yg bersarang, berhabuk dlm hati ini. Apa2 lah. 

Makin aku duduk lama di Malaysia, aku terasa kekosongan tu. Diburukkan dgn kenangan hodoh, sakitnya Tuhan sahaja yg Maha mengetahui. Itulah, dugaan Mesir lain, dugaan di sini lain. Jadi aku sgt mengagumi insan yg masih boleh teguh iman dan akidahnya menetap di bumi yg semakin dirosakkan makhluk tak bertanggungjawab  ni.

Bukan aku kata bahawa Mesir itu org2 nya alim semuanya. Sana pun ada juga couple. 'Couple', istilah BODOH yg diamalkan sesetengah kwn2 sebaya dan tak sebaya aku. Tapi itulah, dugaannya lain-lain. Aku ambil pengajaran di sini, aku tak boleh lari dari godaan. Dulu aku berniat, aku mahu terbang jauh2, 13 jam utk lari. tapi sekarang aku kembali. Sekejap sahaja sudah memeritkan. Sebelum terbang bukan tak sempat berdakwah shj, malah aku tenggelam dek memberontak. Aku fikir lagi, sesudah peroleh ijazah mampukah aku kembangkan Islam dlm pekerjaanku? Oh tenatnya...


p/s: tidak boleh tidur. waktu malaysia: 2.58 pagi. Mungkin kerana siangnya balik dari tempat aku pernah lepak, aku terkenang seorang manusia ini melampau2. Astaghfirullahal 'azim



suka dgr ini byk kali. Boleh tanam rindu pada Rasulullah... :)

2 comments:

  1. jgn lerr pggl cmtu...
    baru pass 1st year saje maa... aiyaa
    ye3, ambo doh kelik...

    ReplyDelete