Tuesday, September 21, 2010

Physics: How to Calculate Forgetfulness

Mcm biasalah, bila aku sibuk pening tak bertempat disebabkan perangai suka risau2, maka bebel petir dari Mak ubatnya. Kalau Mak tak 'up' suara mmg tak sah. Suka nak jadi kalut sgt. Jadi maaf dipinta kalau aku ada naik suara pada teman2 seperjuangan sekalian. (Sampai sekarang tak percaya aku pernah buat member sekolah menangis. Hehe... Ampun byk2...). Dah terbiasa, kalau kerja asyik nak gusar tak tentu hala mmg kena bebel 2x ganda panjang dari apa yg kita sibuk complain.

Solusi:
1) Nyorok2 kalau nak mundar mandir, complain2, paranoid atau mengandai bukan2.
2) Cari penyelesaian, bukan SESALAN semata-mata

Aku akn cuba kawal baran tension aku walaupun tekanan darah aku boleh naik kalau tgk baju timbun, kalah Bukit Tambun tak dilipat. Pantang betul anak dara yg suka buat kerja tak senonoh mcm ni. Haish... Aik, check balik... Minta2 aku tak pernah buat. Ahaks. Mcm pernah.   :P

Berat bagasi masih lagi isu. Haha. Saat terakhir aku buat keputusan nak guna khidmat pos. Tak adalah patah separuh badan aku nak angkut beg ke tingkat 7 nanti. Peliknya, semalam 4kg brg2 tu. Hari ni, kalau ditambah tolak dgn berat kotak+4 unit produk kulit+sari klorofil alfafa hambar tak sedap yg Mak bekalkan, terus hampir ke angka 10! Eh? Patutnya maksimum tambah 1kg. Kotak kertas berat sgtkah? Hmm, mari kita lihat... 

 Sumber:  Vision Learning

Density
  • Density is a physical property of matter that is defined as the ratio of an object's mass to its volume.
  • Archimedes is credited with being one of the first people to consider density as a property of matter.
  • An object's buoyancy is determined by its density in relation to the density of the surrounding liquid.

Density = Mass/Volume 

Let's look at an example. A typical brick has a mass of 2,268 g and occupies a volume of 1,230 cm3. The density of the brick is therefore:

2,268 g/1,230 cm3 = 1.84 g/cm3
 
Density can sometimes be confused in our minds with weight because the denser of two, equal-volume objects will be heavier. Remember, though, that it is the relationship between mass and volume that determines density and not volume or mass alone, or even how closely packed the atoms or molecules are.








p/s: tak ada kaitan dgn masalah Fizik. Inilah yg dinamakan pengiraan utk nyanyuk tak terduga.  
Huhuu... Lupa pula. Semalam bukan 4kg yg aku keluarkan. (9kg sebenarnya yg aku keluarkan utk buat bagasi jadi seringan boleh.)

Monday, September 20, 2010

Standard?

Kononnya daku berbahagia krn menyangka berat bagasiku tak mungkin akan berlebihan. Kemudian aku menimbang, alamak! Dah masuk dlm 25kg ni... Adrenalin memainkan peranan.Cuba keluarkan lagi apa2 yg masih boleh muat dlm bagasi tgn. Arghh, lantaklah! Dah siap2 duit kalau2 kena buat bayaran. Kelas ekonomi mmg begitu. Aku akn terbang dgn Qatar Airways.

Terbang ke memori kali pertama naik besi terbang...

"Org pergi UK pun tak berat mcm ni."

Tersentap aku dgn kata2 kakitangan MAS tu. Yg pasti dia tak maksudkan aku. Masa tu, aku terfikir, "Apa beza kami yg pergi Mesir dgn yg pergi UK tu? Lebih 'standard'kah org yg pergi UK? Sebab awk bagi peluang saya lepas timbangan bagasikah awk rasa awk berhak buat kenyataan spt tu?" Oh tidak, sememangnya berat bagasi aku tak berlebihan jadi terang2, kalau dia betul2 maksudkan sangkaan burukku (ttg mana satu lebih satndard) tu, dia tak ada hak. I'm sure she didn't mean anything. Chill, babe...

Kwn2 ni pun satu, tongkol2 halia pun nak bawa. Beragaklah sedikit. Pergi belajar luar negara bukan nak lebihkan makan yg sedap2, sampai semua perencah masakan nak bawa. Haha. Tapi terpulanglah pada individu tu, bak kata Mak, "Kalau kena bayar, bayar saja..." Hoho... 

Amoi 1: Yeah...! Bayar saja mehh...

Sehari dua sebelum itu Mak dan adik dah tolong timbangkan bagasi aku. Mcm biasa, aku teramat paranoid masa tu. Kalau tidak masakan Mak tolong timbang utk memujuk hati kecilku ni. Kata beliau tak ada apa2 nak risau. Beliau pun dah biasa naik flight. Mcm mana pula yg kena bayar sampai RM900++? Hehe... Mcm aku kata tadi, lantaklah. Asal tak minta duit aku sudah... Huhu. "KITA ADA DUIT... YEAH..."... Bunyi mcm sombong di situ... Padahal harta tak adalah berkepuk mana pun. Kah3. 

Harapanku supaya penerbangan tak ubah mcm yg tertera dlm e-ticket. Agak berat tgn ni nak hubungi pejabat Qatar Airways. Hihi... Kelas dah mula sejak semalam, 19/9/2010... Subjek kegemaran aku, Biochemistry pula tu yg mula2 sekali. Mmg pembalasan namanya tu krn suka2 balik SEDIKIT lambat. Ulangi, SEDIKIT shj lambatnya krn esok, 21/9  patutnya bertolak ke KLIA. Berdebarnya nak tinggalkan 'syurga' dunia, Malaysia... Waa... 

Amoi 2:  Kuih Laya you bawa lain thn saja oh?
M: Isk3, begitulah nampaknya...




p/s: Mesti Cik Fulanah yg bawa balik 15kg kurma ke Malaysia dah jadi saudagar kaya kan? Hehe jgn marah haa...

Thursday, September 16, 2010

Hatred and Secrecy

Mak bawa kamera. Telefon ni mampu menangkap imej. Tapi satu helai imej pun aku tak ambil. Meskipun gambarku dlm sepersalinan baju raya. Perangai pelik. Org lain sibuk upload di Facebook aku juga yg tak simpan gambar Raya 2010. Entah. Otak asyik rasa, minda dah hati ni dah cukup pantas mengemas segala kenangan indah yg berlaku sejak aku bercuti di Malaysia... Percaya atau tak, tak ada langsung gambar org pakai baju raya dlm telefonku.

Aku akn rindukan Tahun 2010. Aku akn rindukan Ramadhan itu. Aku akan rindukan kali pertama aku tak hiraukan kekurangan.Percaya dan bersyukur dgn kecukupan itu membuatkan rasa senang di hatiku. Tiap kali balik rumah tentu aku menangis tapi aku tetap suka kerana aku semakin memahami... Kalau bukan sebab Mak dan adik, aku tak ingin balik. Debu2 Cairo lebih nyaman dari org2 yg menyesakkan nafas aku.

"Inilah hidup aku. Juat deal with it! Siapa kata kebahagiaan bukan milik kau? Kalau inilah yg indah pada pandangan Allah, apa salahnya aku telan jua walau pahit."

Tika jiwaku berontak aku tak hiraukan perasaanku sampai sanggup aniaya diri sendiri. Kali ini, aku mesti menang! Mesti...

Cuma hari makin berlalu namun senyap. Aku terpaksa tinggalkan Mak jauh dari mata utk sambung kelas pengajian. Sayu.

Tuesday, September 7, 2010

Scum

Very disappointing. My prayer had not been granted yet Allah gave me answers. Perhaps. I will never give up, praying so that Allah opens his heart. He, Mr R is still the same. He ruined one girl. Exception if that girl doesn't care at all. I don't know if he bluffed. If I believe the very 100%, I am fool. Those messages looked like sarcasm too. If he really made quiet a joke, stories he weaved  really works but not on me.

This is a really serious matter. Confused enough either to get guilty, angry or sad.  I repeat, he never change. Of course, it's been only one year. One year can't guarantee everything. The saddest thing is that he thinks I am like any other girls I hate most. That is, if you readers can understand but let it be just silent. No assumptions can guess the truth.

That ego... 
He never give it up. Always trying to accomplish his devious seductions. That girl he mentioned may be fool enough, but not me. (As if the girl really exists... Huh. What a 'joke'. I am still thinking he tried to make stories out of his rubbish mind).  

Pasts keep reminding me to behave. I WAS DESPERATELY PATHETIC TO KNOW HIM. My regret.

Dear Mr R... GET A LIFE!

p/s: apalah dugaan nak sambut Eid ni... haihh

Saturday, September 4, 2010

Pink Roses

Bila ni nak bersihkan bilik sendiri ni? Aduh, geli pada habuk. Huk3. Tapi aku pasti aku akn bersihkan juga bilik dari debu2 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya debu Msia ni masih boleh ‘dibendung’. Haha. Semasa aku saja2 berangan ttg konon nak membersihkan ni, aku terjumpa satu lukisan. Detik melankolik. Lukisan simple. Ada beberapa kuntum bunga mawar warna merah jambu dlm pasu. Itulah hadiah untuk Anugerah Pendiam. Pendiam ke? Mungkin kurang kawan lebih sesuai. Hehh. Kali pertama aku pernah dpt anugerah ‘just-for-fun’ mcm tu. Hee.

Lagu pilihan cuti ni? Salah satunya ‘Something about Love’ David Archuletta. Lagu ni ada selit inspirasi juga tahu. Adik aku tak gemar. Katanya, “GAY! Lagu gay! Arghhhhhhhhhh... Bencinya... Aku benci benda gay” Yeah, yeah... Lagilah aku galak utk putar dan putar itu lagu. Yea... putar, jgn putar alam sudah... Biasalah tu, apa yg aku suka semua dia ejek, “gayyyyy... eee...” game dlm handset yg aku riangnya main pun dia kata gay. Sah paranoid. Semacam petanda homophobia pun ada. Huh. paranoid. Mungkin daripada letak haemophobia sebagai nick ym dia, patut letak homophobia instead. wakaka. Apa-apalah, silly.

Asal bila aku yg memasak saja mesti sardin, sup sayur, sayur goreng, telur dadar atau masak kicap... kalau masa masak sambal mmg aku hanya dibenarkan sentuh papan pemotong dan potong sayur sajalah. Saya dlm fasa sederhana berbakat masak sambal tumislah. Tapi at at least aku boleh jimat air peluh kan?

Amoi 1 dan 2: Eww, air peluh pun perlu simpan ke?

Hee... Cuma pada suatu hari, aku diberi peluang masak peria, sayur yg aku mmg kira sbg pilihan terakhir. Geram dgn kepahitannya, aku biar udang kering masuk lebat2. Rendam air garam sekejap, tambah pedas dan telur... Wallahhhh... Sesuai dimakan utk hilangkan rasa mual hidangan ikan sungai yg kurang aku gemari hari itu... Fakta: Mak turun temurun tak mkn ikan sungai, pari dan keli. Tapi anaknya ni main bedal saja...
Di bazaar Ramadhan, aku tunjuk ikan pari.
“Ikan pari?” semacam kepelikan campur kegelian. Oh Ye, sedikit cebikan di situ...
“Yes, org tau Mak tak mkn, tapi org nak” muahaha... sengaja.

Adakah aku nak cerita ttg sikap pendiam? taklah. Ttg benda gay? Mana ada... Ttg ikan keli? Jauh sekali... Nak ckp, aku berdebar. Title ‘belasan tahun’ mahu expire. Tak berapa enak angka 19 ni. Aduh. Cuti nak habis. Kelas akn terus mula. Berdebarlah nak naik ke tahun kedua ni. Angka 2 ni pun sedikit ‘choi’ pada aku. Waa... Byk lagi makanan Malaysia aku belum mentekedarah rasa...

p/s: Nombor bukan kesukaan M=2, 9