Mak bawa kamera. Telefon ni mampu menangkap imej. Tapi satu helai imej pun aku tak ambil. Meskipun gambarku dlm sepersalinan baju raya. Perangai pelik. Org lain sibuk upload di Facebook aku juga yg tak simpan gambar Raya 2010. Entah. Otak asyik rasa, minda dah hati ni dah cukup pantas mengemas segala kenangan indah yg berlaku sejak aku bercuti di Malaysia... Percaya atau tak, tak ada langsung gambar org pakai baju raya dlm telefonku.
Aku akn rindukan Tahun 2010. Aku akn rindukan Ramadhan itu. Aku akan rindukan kali pertama aku tak hiraukan kekurangan.Percaya dan bersyukur dgn kecukupan itu membuatkan rasa senang di hatiku. Tiap kali balik rumah tentu aku menangis tapi aku tetap suka kerana aku semakin memahami... Kalau bukan sebab Mak dan adik, aku tak ingin balik. Debu2 Cairo lebih nyaman dari org2 yg menyesakkan nafas aku.
"Inilah hidup aku. Juat deal with it! Siapa kata kebahagiaan bukan milik kau? Kalau inilah yg indah pada pandangan Allah, apa salahnya aku telan jua walau pahit."
Tika jiwaku berontak aku tak hiraukan perasaanku sampai sanggup aniaya diri sendiri. Kali ini, aku mesti menang! Mesti...
Cuma hari makin berlalu namun senyap. Aku terpaksa tinggalkan Mak jauh dari mata utk sambung kelas pengajian. Sayu.
be strong again. and if you do, i will follow you to be strong.
ReplyDeletethx... ok, i will...
ReplyDeleteanxiety i guess... :)
sedihney...sob2...
ReplyDelete