Saturday, September 4, 2010

Pink Roses

Bila ni nak bersihkan bilik sendiri ni? Aduh, geli pada habuk. Huk3. Tapi aku pasti aku akn bersihkan juga bilik dari debu2 Malaysia ni. Sekurang-kurangnya debu Msia ni masih boleh ‘dibendung’. Haha. Semasa aku saja2 berangan ttg konon nak membersihkan ni, aku terjumpa satu lukisan. Detik melankolik. Lukisan simple. Ada beberapa kuntum bunga mawar warna merah jambu dlm pasu. Itulah hadiah untuk Anugerah Pendiam. Pendiam ke? Mungkin kurang kawan lebih sesuai. Hehh. Kali pertama aku pernah dpt anugerah ‘just-for-fun’ mcm tu. Hee.

Lagu pilihan cuti ni? Salah satunya ‘Something about Love’ David Archuletta. Lagu ni ada selit inspirasi juga tahu. Adik aku tak gemar. Katanya, “GAY! Lagu gay! Arghhhhhhhhhh... Bencinya... Aku benci benda gay” Yeah, yeah... Lagilah aku galak utk putar dan putar itu lagu. Yea... putar, jgn putar alam sudah... Biasalah tu, apa yg aku suka semua dia ejek, “gayyyyy... eee...” game dlm handset yg aku riangnya main pun dia kata gay. Sah paranoid. Semacam petanda homophobia pun ada. Huh. paranoid. Mungkin daripada letak haemophobia sebagai nick ym dia, patut letak homophobia instead. wakaka. Apa-apalah, silly.

Asal bila aku yg memasak saja mesti sardin, sup sayur, sayur goreng, telur dadar atau masak kicap... kalau masa masak sambal mmg aku hanya dibenarkan sentuh papan pemotong dan potong sayur sajalah. Saya dlm fasa sederhana berbakat masak sambal tumislah. Tapi at at least aku boleh jimat air peluh kan?

Amoi 1 dan 2: Eww, air peluh pun perlu simpan ke?

Hee... Cuma pada suatu hari, aku diberi peluang masak peria, sayur yg aku mmg kira sbg pilihan terakhir. Geram dgn kepahitannya, aku biar udang kering masuk lebat2. Rendam air garam sekejap, tambah pedas dan telur... Wallahhhh... Sesuai dimakan utk hilangkan rasa mual hidangan ikan sungai yg kurang aku gemari hari itu... Fakta: Mak turun temurun tak mkn ikan sungai, pari dan keli. Tapi anaknya ni main bedal saja...
Di bazaar Ramadhan, aku tunjuk ikan pari.
“Ikan pari?” semacam kepelikan campur kegelian. Oh Ye, sedikit cebikan di situ...
“Yes, org tau Mak tak mkn, tapi org nak” muahaha... sengaja.

Adakah aku nak cerita ttg sikap pendiam? taklah. Ttg benda gay? Mana ada... Ttg ikan keli? Jauh sekali... Nak ckp, aku berdebar. Title ‘belasan tahun’ mahu expire. Tak berapa enak angka 19 ni. Aduh. Cuti nak habis. Kelas akn terus mula. Berdebarlah nak naik ke tahun kedua ni. Angka 2 ni pun sedikit ‘choi’ pada aku. Waa... Byk lagi makanan Malaysia aku belum mentekedarah rasa...

p/s: Nombor bukan kesukaan M=2, 9

3 comments: