Friday, July 31, 2009

Hantu Itu Kejar Aku

Tah nape semalam aku teringat pulak masa silam aku yg penuh kejahatan. Cewah, ayat begitu hyperbola... hehe... Ni r yg aku tak suka kalo balik uma. Aku akan teringat bende2 memori lama tu. Apa nak buat, bende dah jadi n aku dah janji ngan Bro F takkan ulang lagi kesilapan aku tu. Masa tu aku rasa mcm diri ni keji betul. Aku takkan boleh lupakan Bro F sebab setiap mesej yg dia pernah bagi akan bagi tamparan yg hebat kat muka aku yg chubby ini.

Aiyaa, kalau ikutkan malas betul nak balik uma. Tapi best gak dpt cuti yg sekejap ni. Ok, ingat nak revise biochem or civil or intro, tapi rasa muak lak. hehe. Aku lom makan pun ni. Aku mmg tak suka makan. Alang2 tak makan, baik takyah makan. Tu r dia diet melampau aku. Dah biasa. Time aku makan, memang tahap telan jerr... Time tak makan, mmg aku takkan makan. Dah lewat tgh hari baru aku makan. Lagipun, dok kat uma ni bape sgt r kalori yg aku guna....


Berbalik pada kenangan yg aku terkenang malam semalam, aku teringat mcm mana dari A sampai Z aku wat keputusan yg betul2 salah dlm hidup aku, sampai tahap aku pun tak kenal sapa aku ni. Kalo tgk org sekeliling, pernah gak terasa hinanya. Their records must be clean, not like mine. Haha.

Tak aku ingat hari apa aku dpt mesej Ayie. Mula2 aku dah syak, no. yg aku tak kenal ni mesti no. org yg aku kenal pada 'Dark Ages' aku. Tpi aku curious gak, mana r tau, ada benda penting kerr... (Hehe, actually aku mmg sajerr tempah maut). Then aku pun reply pakai no. Celcom r, mmandangkan no.Maxis sudah pun expired.

"Are you free in 15 Ogos? If interested, just call me, okay"

Bunyi mcm mesej iklan pun ada. Aduii... Ingatkan mamat yg ngorat aku few months ago yg bagi mesej, sebab kali terakhir function dia mmg aku tak dpt gi. Kih3. Takde kje aku nak gi KL semata2 nak gi jumpa mamat tu. Haram aleik... Sebab tu r aku tak jangka pun tu mesej budak mentah tu... Nampaknya 'masalah' budak tu dak setel r tu. Cehh, pe r gilerr sgt... Mcm2 org dlm dunia ni. Aku mmg hobinya delete2 no. Nak2 no. org yg tak guna satu sen haram pun. Takut nanti aku contact lagi org camtuh.

"You have text to no. 017-******* rite? Who's this?"

Then budak mentah tu tak balas.

Aku mesej lagi, "Kie kerr?"

Baru r ttbe budak tu reply, "Aik, sape Kie? Sy Ayie r. 15 Ogos ni sy ada gathering."

Dah agak dah. Dah r kali terakhir budak tu contact aku masa dia perlukan duit sbab dah nak kena masuk lock up, kononnya la... Nasib baik aku tak sebut setiap nama yg aku dah delete kat contact list aku. Whatever la. Kawan aku bagitau budak tu mmg banyak menipu org. Haha. Hmm... Aik, byk betul duit dia wat gathering. In my mind, gathering cikai2 je r kot. Tak pun, abg2 or kakak2 agkat belanja. Hehe...Lepas tu aku terus delete je mesej tu sbab aku tak nak lagi terlibat ngan any one of my 'Dark Ages' lagi.

Tapi tak semena-mena, aku teringat lak benda2 lama semalam. Aku bayangkan kalo aku tak kantoi ngan Bro F, aku takkan rasa hina sgt sampai skg... Sume sebab dia. bukan aku nak tegakkan benang basah, tapi mmg dia dah wat mcm mmg takde bende yg baik pada aku ni. Mmg tak dinafikan, 'benda' yg aku pernah buat tu mmg takkan boleh diterima sape2 pun, tapi kdg2 rasa geram, kadang2 rasa bersyukur, kadang2 or sepanjang hayat rasa hina gila.

Aku tak nyesal pun kenal ngan brader tu, but things could be alot more easier. I tried to change myself to the better in a very painful way. And now, I got the results. Aku tak tau r kalo ada sape2 yg punyai sisi gelap, tapi sekali kiter pernah buat silap, kiter akan nyesal sepanjang hayat. Lepas satu, satu... Tah nape tah ttbe mamat Ryan yg bengong tu bagi instant message kat aku (aku pengguna setia msn messanger). Siap ajak aku amek persediaan kat UNITEN lagi. Katanya kat situ more urban student... haha... Sikap angkuhnya tak pernah berubah. Oh ye, aku tau r dia akan gi USA, tapi takde r cakap, "Aren't u have to wear hijab or something like that?"... Ek eleh mamat ni... nyampah aku. For sure r dia pikir org gi Egypt ni sume kena terus pakai purdah kot. Nasib baik kejap je aku chat ngan dia, sgt kejap. Mula2 dia dpt petronas, pastu dpt Bank Negara... Rezeki dia... But I can admit that he's quiet a professional, like he mentioned. Kira terer gak r maen chess and bla3... Whatever, tapi mmg dialah antara dugaan aku. Mula2 aku kenal dia kat program pendedahan kerjaya, aku ingat dia mamat biasa2, innocent, could be loaded gak, could be playboy, could be a typical loaded boy.... Bila aku dah chat ngan dia... Ciss, baru ku kenal sape kau... Well, I like challenges n dulu aku sering suka menempah maut. Sebab tu aku tak suka dok uma. Nanti mcm2 aktiviti aku ley buat. But jgn r ingat aku wat jenayah kerr, drug seller kerr... kalo aku tau tu yg korang pikir, sure aku tergelak tergolek-golek... Kah3... I supposed org cam aku ni professional 'criminal' kot masa 'Dark Ages'... Hehe... Wajah yg innocent banyak bagi kelebihan utk aku beroperasi lepas sekolah...So, masa zaman sekolah aku akan klasifikasi sekolah=tempat berbuat baik, luar sekolah=tempat berbuat nakal... Upps...

Sebab tu at some points, aku ni bermasalah sket dari segi emosi sebab byk benda aku pernah lalui dan ada antaranya tak pernah berhenti meragut jantung aku sampai skang. So, mintak maaf r kat sape2 yg aku pernah kutuk dgn sesedap rasa. Yummy2... Ego aku ni kadang2 mmg tahap gaban. Aku cuma akan stabil pada beberapa masa jerr and antaranya pada masa aku study. Tu r, pada masa kiter banyak guna otak, kiter takkan bertindak melulu. So, course medic ni mmg sesuai la sgt utk aku sebab semakin busy and semakin banyak benda penting aku kena ingat, aku takkan ingat lagi benda2 buruk, selain drpd aku mmg suka menganalisis dan minat sambung2 jari putus...

Pengajarannya, banyak guna otak okay... Huhuu... Sekali gus aku dah siapkan slogan "Saya memilih jurusan perubatan kerana..." (tidak lebih 30 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment