Friday, December 30, 2011

Rhythm of Now, Seventeen No More


Ada orang hatinya sakit, langsung tanpa petanda. Mata di luar yang celik pasti terpanggil untuk membantu dengan segera penuh cermat agar dipastikan terserap mesej berhikmah. Orang yang rosak tak merasakan apa-apa, keras dan kaku. The kind of piece which is so friable and could irreversibly rupture anytime out of conscience. Bukan sifat teguh jika begitu, tapi sifat keras ibarat fibrosis tebal. Kes kronik.

"Orang kalau dah biasa melawan fitrah, lama-lama terbiasa dan tak merasa pelik langsung dengan benda pelik (tak bermoral, bertentangan syarak/ peraturan) yang dia buat." Diubahsuai oleh M, adaptasi daripada mentor usrah semester lepas. 

Ada satu jiwa yang ku kenali, berada dalam kalangan lebih kurang 7 billion populasi seluruh planet subur, manusia comel. Ia telah merasakan sakit sekali. Barangkali faktor luaran seperti desakan stres dan kepekaan optimum. Lalu ia berasa sakit apabila tersedar yang ia tercondong dari puncak sasaran azam barunya. Fuhh, jangan sesekali kau cuba menjadi kronik!

What's called distraction. What's called 'fable'. The forbidden dream. And it costs a broken heart moment after that, back in reality. 

"Ya Allah, inikah ujian untuk orang hebat? Aku redha. Atau inikah penanda aras yang aku masih di tahap yang sama? Aku malu."

Ia menanam rasa sayang, mencabut rumpai samseng beracun dalam hati setiap hari. Hatinya girang dengan rasa sayang kecuali pada suatu hari, kecelaruan menjerang darah mudanya.  Rasa seperti si fulan anggap dirinya/pertimbangannya jahat. Ya, hatinya pernah jahat. Kecelaruan bertukar kekacauan. 

"Ya, memang aku jahat. Aku akan betul-betul buat jahat. Aku akan ingkar isi penting nasihat engkau."

Duduk bermuhasabah jauh daripada manusia lain dan berbisik, "Nafsu kemarahan ini, mungkin kerana aku sedih tak bertempat. Aku yang menyebabkan kesedihan itu. Aku yang telah biarkan pengharapan berbunga-bunga,  tanpa bersandar kepadaNya, Yang Maha Mengetahui. Akhirnya bunga yang buruk dan berkulat buat aku sedih."

Finally she cried, "And I project the anger (in my heart by negligence) to the wrong person being at the wrong time."

p/s: Yang ini aku tambahkan kemasinan emosi sedikit. Tempoh hari kurang berpuas hati dengan selitan elemen2  artikel DotDotDot, percubaan pertama dalam hidup Sang M. Heh. 

Amoi 1&2: "If it is not you, it'll be someone like you combined with another blessed people. Combo!" quoted   from the character above.
              M:  Experience at home really made the girl doubtful on The Dream so she called it The Forbidden Dream. 


Thursday, December 8, 2011

Ya El Medan

As you listen to one's experience, you'll meet successful and failed people in specific things such as competition, exam or even tackling one they fallen in love to. If this year you're sitting for Malaysia's well known big examination, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), you'll be confused, all anxious and curious about what is going to happen. Typical responses of meeting new events. 


During high school, when I was in Form 5, one motivator told, "Don't listen to failed people. They'll say to you that everything was too hard and terrify you."


Two years before (or maybe during primary school. I don't exactly recall.) one motivator said, "Failed people claim they had done everything or did the best but then failed whereas a succeed person is someone who's at first, hesitate what he done 'till he achieved tremendously, when people ask, "How?"." 


Wouldn't you agree? Like most rules, not always but commonly.


I knew all of the failure-alert responses are just normal psychological defense mechanism even before I take Psychology subject at Cairo University last semester. Of course, mother is a full time high school counselor. 


I lived for 20 years now. Alhamdulillah. Obviously, both success and failure are cures. Based on my limited knowledge, I summarize that you need accurate 'dose absorption proportions' for your own life story. Ordinary girl like me requires 90% from successful persons and 10% from failed ones. I suggest brave fellows  take both equally 100% where your profit will increase up to 200%. For ones with invincible mental components. 


We need to analyze a failure for we are responsible to put innovative measures in fixing errors in their problem solving methods. And so, the 10% lesson. Amateurs need motivation more. I was wrong as I scared one junior about circumstances in Medicine even my intention was just to make her prepared for any outcomes. They still lack of identity. Most of juniors unable to guide but need examples or guidance. 


It doesn't mean if you failed once, you'll fail forever. Especially Muslims, we are meant to be successful and guide human race to the right path. Girls, please do not  over-react after you heard of someone's failure. Take the lesson, learn (analyze), think and then act! Because failed people are meant to be muchmuchmuch MORE successful in the future and because they're strong ENOUGH for that particular failure.


I'm not speaking about failure. I'm speaking about success. My this year's personal theme is, 'Success and Greatness'. It will be a challenging one. The previous years were more laid back although I cried and forced myself to insomnia (thanks to caffeine) so that I finish re-memorizing the whole bunch of Anatomy books. Third year is like a transition from High School's  Form 3 to Form 4. 


WED (11 / 01 / 11) Pathology, 10 am - 12 pm
SUN (15 / 01 /11) Parasitology, 10 am -11 am
WED (18 / 01 / 11) Pharmacology, 10 am - 12 pm
SUN (22 / 01 / 11) Microbiology, 10 am - 11.30 am


May Mid-Year Examination be a medium of thankfulness of a girl to her Lord.



What's your El-Medan?


p/s: I've tasted D's in Additional Mathematics (I think but usually B's or C's), Chemistry (because internet addiction LOL), very frequent B's and C's for all Science stream subjects, History (Silly teacher. Just because I wrote in point forms.   :P) and still wondering how people constantly got A1 in those, not in SPM (where there's graph adjusting). Bila jealous dlm hati cakap, "Skema betul mereka ni A memanjang."  Mesti kau org takut campur risau, pasal prestasi aku agak berbahaya. 

Friday, November 11, 2011

Purplish Hill

Her disaster was heat. 
Hotness that rips.
Mine was frost.
Coldness that bites.

(Maya  Dealove, November 10, 2011
Both hurts.

Perhaps this is it. All grudges should be in history. The urge for this mind to understand them or at least, be kind to. One of them who I once decided not to include into future timeline while I must to do so. Others were slaves of lust and pathetic impolite fellows and jerks. May I choose moderation over rage and cold shoulder. So that warm water blows angry fire.  This is a suggestion, not yet an action. 

Jordan trip was my days of thinking. Done with the mission. 

Memory of November 8, 2011. M for Metamorphosis where the word, 'maturity' is insufficient already. 






p/s: Officially 20 years and 3 days old. Oh yeah, every time I post, I feel sort of Deja Vu phenomenon. Or could it be attitude issue? Could it be misleading brain efficiency? LOL

Tuesday, November 1, 2011

Grow Bigger

Ini saya nak bagi alasan beli makanan luar hari ini. Alasannya berbunyi, "Kami habis kuliah pada waktu unggas kembali ke sarang."


Dengar khabar angin seorang rakan serumah nak beli Kusyari. Rupa-rupanya mi segera. Dah lama mengidam nak rasa parasit dalam makanan luar ni. Nafsu ni, buku Parasitologi pun boleh kalah berdebat dengan ia. 


Amoi 1: Hoi, kau ni perut cap apa?
M: Cap Gajah Duduk. Kau diam.


Pelan rakus. Pertama, tempah Nasi Yaman untuk lima orang tolak si pemakan mi segera tadi. Kedua, makan nasi tu macam biasa. Kemudian, pada waktu ramai sedang leka cuba nak habiskan makanan masing-masing, buat muka tak cukup zat. Diikuti dengan, "Mintak ciket...!" ala-ala comel pula. 


Amoi 2: "Echo, echo!"
M: Alahai. Boo 'Echo'. Boo!


Rupa-rupanya beli makanan lain. Tak ada Kushari untuk aku tagih. 
Dua orang ahli beit tak sempat menjamah nasi tersebut. Pandai-pandailah bajet rembesan gastrik kalian ya... 


(Bunyi kicauan burung, loceng rumah tu...)


Itulah dia, menu tanpa asap dapur kami. Nasi Yaman, Nasi Hadramaut atau Nasi Mandy Hadramaut dsb. Samalah tu agaknya. Pak cik delivery confirm faham punya...


Google jumpa dari SINI

Di atas itu bukan aku punya. Beit Humaira' pakai pinggan warna pink


Falsafah


Berebutlah.
Rebutlah ilmu.
Rebutlah kebaikan.
Berebut-rebut dalam keadaan buta? 


Haha. Aku tiada komen. 


Cuma minta jauh, minta supaya bukan kita orang-orang begitu.
And may us not to be mad judgmental. 










p/s: 3/4 hambar post ni. Pernah berkunjung ke blog Zahiril Adzim? Salah satu aspek cita rasa aku.


Friday, October 21, 2011

Have You Heard: SMA and STAM

Arghh. Dah tidurlah tu. Aku buka SmartVOIP, aku dail nombor telefon bimbit Adik, amoi operator yang jawab. Pelik betul, dalam banyak2 settings bahasa, bahasa Mandarin juga digunanya jadi suara operator. Jelek sudah mendengar amoi itu bicara dalam bahasa yang tak aku faham. Bukan jelek pada bahasa itu, jelek kerana tidak faham.


Bagi sesiapa yang bersekolah menengah di sekolah di bawah JAIS, mesti kenal peperiksaan Sijil Menengah Agama atau SMA. Itupun bagi mereka yang kekal sekurang-kurangnya sehingga tingkatan 5. Bagi yang menggelupur nak masuk sekolah elit dengan niat elak peperiksaan tu, tak tahulah masih ingat atau sebaliknya. Guraulah, mana ada orang jenis macam tu. Atau ada?


Amoi 1: Meriah you 'alls', 'menggelupur' perkataan tajam.
M: Haha. Tandanya poyo kerana setia dengan sekolah biasa-biasa sampai tamat SPM. (Padahal pernah rasa hina kerana tidak mohon SBP dan yang sejenis dengannya. M, THAT'S SO SHALLOW.)


Dengar kata, kalau KISAS ambil peperiksaan seumpama itu semasa tingkatan 5, bukan? Jika negeri lain, tak pasti pula. Aku ingat lagi. Aku dapat pangkat jaiyid jiddan sahaja. Aku sememangnya lemah bahasa Arab. SMA sinonim dengan kitab-kitab bersaiz separuh  kertas A4, berketebalan tak sampai 1cm rasanya. Apalah kalau nak dibandingkan dengan sukatan pelajaran yang ada dalam kitab-kitab STAM. Apatah lagi nak dibandingkan dengan ilmu yang terlalu luas atas muka bumi ni. 


Insya Allah esok nak cuba hubungi Adik.. Kau tahu,  peperiksaan UPSR dan PMR... dua-dua didahului dengan berjumpa doktor pada malam sebelum hari pertama peperiksaan. Stres punya pasal, sakit gastrik. Itu fenomena semula jadi badan Adik. Tapi, alhamdulillah, UPSR 5A manakala PMR 8A 1B. That's my brother. Okay lah tu. Tak kira apa pun keputusannya, beliaulah terbaik.


"Kak, kau ni memang suka ambil risiko kan?"   (Adik)


Sebab itu aku tak pernah kena gastritis kerana stres. Haha. Paling ganas pun menangis. Itu refleks semula jadi aku. Yeah.


Amoi 2: Lepas itu telah buat riak wajah seorang mamat bertukar cuak.
M: Nasiblah. 


Itulah nak telefon kalau-kalau boleh bantu beliau bertenang. Jika tahun ni malam-malam buta jumpa doktor juga, nak buat macam mana. Its the nature. Hee. Yang penting aku tahu, Mak dah siap sedia!


p/s: Aku nak jadi hebat juga macam senior-senior itu.

Wednesday, October 19, 2011

Your Luck in Canada

You're full of surprises and could be addictive. Obviously, to certain people who dare.
You and Canada. Come on, I know you. You do things that benefit infinitely. You can slave people whenever you want to. You're not a decent traveler. 


"Why ASAP?"
"It's monthly basis. I want to go to the casino."
"I thought only old people go there."
"Haha. People with sharp Maths skills like me also counts."


I was confirmed about one thing that happened to you. Now, it would take a long ride before I can assure the BIGGER issue. I'll confirm one day.



p/s: Why I did even care and dare to think of altering your lifestyle?

Tuesday, October 4, 2011

Old and Unspotted

Subjek-subjek di bawah ini sungguh menarik!

Pharmacology
Pathology
Parasitology

Akan datang:-

Histopathology (esok)
Microbiology (mula minggu depan)

InsyaAllah, menarik juga hendaknya.
Namun, hati masih muram.

2 Oktober 2011, KLIA. Ingin sahaja aku ulang kata-kata,

"Kenapa bertemu untuk berpisah?" 
(Filem 'Sepi')

Mode balik dari Malaysia, biasalah. Sayu. Tajuk Pelajar Perubatan Tahun Tiga buat aku rasa seram. Nak jadi attention seeker pun tak ada mood. Apatah lagi nak buat ucapan ringkas saat-saat akhir. Hehe. Tahniah buat pelajar Malaysia yang berucap tadi.

"It's not about the building."   Cuba teka ayat siapa? Huhu. Sampai seorang ahli beit dapat inspirasi.

p/s: terkenang macam-macam.

Wednesday, September 21, 2011

Teach Yourself Humanity


Mengajar atau menjadi guru bukan satu kerjaya mudah . Bukan juga profesion remeh yang boleh diperlekeh-lekehkan. Silap-silap, mereka yang pilih institusi perguruan sebagai pilihan terakhir kerjaya hidup bakal melahirkan tenaga kerja yang berprinsip makan gaji. Dan aku bakal jadi orang berasa bersalah kerana tak berjaya betulkan keadaan dengan mengikut naluri kanak-kanak aku.

Sekolah Rendah

Cita-cita?
Cikgu!

Zaman kanak-kanak yang penuh kepastian. Semakin terdedah kepada kebenaran, hati semakin dihasut oleh was-was. Eh, tak perlu gusar... Tidaklah aku sedang memilih jalan yang  tidak aku gemar. Malahan, aku telah mencabar diri aku pada saat aku klik pilihan ini melalui JPA.  

Sasaran tertinggi aku setakat ni, jadi seorang yang hebat dan kemudian kerjaya pensyarah rebutan. Kemain engko...! Konsepnya mengajar juga, bukan? Only the pathway IS LONGER. Tahun 2009 tahun pengharapan. Dah puas kena maki hamun (atau apa-apa yang menguji mental) nanti, nak tengok lebat lagi tak target kau tu. Eh, betulkah penggunaan slanga ‘lebat’ ni? Hehe. Semacam saja.

Amoi 1: Tahukah anda, Suharto ialah antara pemimpin yang pandai berpidato.
M: Saya ada baca itu.

Sekolah Menengah

Cita-cita?
Doktor!

Selang beberapa pelajar, HN jawab pula, “Cikgu!” How sweet and decent! Nasib baik aku ada dendam sedikit semasa tingkatan 2. Kalau tak, mungkin aku boleh admire kau sikit-sikit. Tui, tui, tui! Kengkonon buat ludah yang sikit-sikit kengkonon comel. Tahu tahu beliau memilih bidang kedoktoran di Tanta... Haa... Begitulah ceritanya beliau memang nak tiru aku ambil medics di Mesir... Tengok, aku tak malu mengaku yang aku perlukan dos kepujian palsu minggu ni.HambarHambarHambar

Dalam Buletin Utama bertarikh 20/9/2011 aku dengar ada cikgu kurung murid lemah akademik untuk halang mereka menduduki UPSR. Memang binatang! Sedih! Kerjaya mulia itu serta merta tercalit dengan tahi mentaliti hodoh mereka yang berkenaan. Ada apa dengan graf? Graf, graf, graf... Ada apa dengan graf?!!! Fasal sekolah berorientasi peperiksaan itu cerita lain. Kes ini namanya menyekat hak orang yang berhak.

Mak selaku guru berpengalaman cakap, “Alah, cikgu tu paling tidak pun kena tukar (ke sekolah lain)...” Sinis.


p/s : Berbaloikah Toshiba Portege T210-1026R yang Harvey Norman DotDotDot katanya susah nak dapat pembekal ni? Tawakal, moga segalanya bermanfaat. Engkau tahu, tempoh hari si Encik O, the salesman nak offer aku display punya. Ada ka patut...

Saturday, September 17, 2011

Scrap That

Yesterday the PC guy said my 'baby' will be sent to the Samsung manufacturer or whatever they call a place for accidentally-stepped-on external hard disk. Luckily the step was light and as soon as I realised the terror, I wept hysterically and did one of the stages of loss. It is called, 'projection'. By definition, blaming others because I was not always resistant to loss.  I shall name the consequence of such situation as the reborn of an amnesiac external hard disk. Poor baby! 

All my course notes for people of next generation, pictures of moments, songs collection, videos and who-knows-else can never be saved but that is not the main reason I broke out. 

Mostly, I cry out of my own stupidity. Kan lebih bijak kalau aku letak si nipis tu ke tepi sedikit... Itulah, bak kata Mak yang marah aku kerana cipta hobi menyalahkan manusia lain, "Benda dah jadi..." Lepas tu aku buat muncung macam budak gedik terencat.

The only thing which I put into back up file is 'Diary for M's Children' even though I didn't update that copy. Haha. I sound like a granny already. It just popped into my mind, inspired by a senior who was given the chance to read her mother's writings then felt touched at the end. Not that I want my child to cry for me or adore me. It's just that, what if I make a full guidebook-like diary? What to do if you gotta cook, packing for college student holidays or  if you hate someone (this is MAJOR issue, GIRLS)... Yeah, those sort of things. I used the humble Microsoft Office OneNote 2007 application. 

Right... These days I'm thinking about 'My Future Wedding Scrapbook" project. Sedangkan projek sedia ada semacam hangat-hangat tahi ayam. Don't worry M, that I confirm won't exist. MALAS MENAIP, TAU TAK??? Ececeh capital letters konon marah.

Amoi 2: Dah jangan nak melarat.
M: Entah, nak mula merepek macam orang meroyan pulak... Eee, meroyan? Mintak jauh (gaya Datin Sally)...

p/s: Progress of back-to-school shopping gone through slow flow. Tension I tau, sebab rambang mata di kedai Harvey Norman hari tu. 

     Amoi 1: Trauma lettew...
             M: Supertrauma.
     

Friday, September 9, 2011

Jump

Perasaan itu datang semula. Perasaan tak punyai kawan.

Perenggan baru bermula. Pengecualian kepada baris si atas. Lets give a nice shot from the above issue. Here we go...

That was a time-out. Definitely He who pulled me from the ring of life. Just a temporary break so that I can use my head well again. A time-out which made me thinking. As if He poked me gently saying, "M, do you know I always there, be you asleep, be you astraying yourself from Me?" Alhamdulillah, I am still a human not beast-headed. I'm consoling my heart to accept this as only an extraordinary silence instead of loneliness. 

Perenggan penamat. Berbentuk video selingan kerana post ni nampak kurang gemuk. Ya, aku benci kegemukan tapi yang ni tak boleh kurus. Aku tak kira kau pandai cakap 'omputih' ke tak, kau cuba  fahamkan jugak kata-kata yang dinyanyikan ni.


p/s: The pinkness seduced me and you are indeed, SALTY! Oh Cincaluk...

Tuesday, August 23, 2011

Monologue Play


If I’m given an antagonist part, I would love to play a script like below:-

I am still unpopular.

And people still being lame and stupid but I still like them for my benefits. 

Scheming. You are used to that aren’t you darling? It is what we have in common, making full use of descent people. May their values remain, for us?

My gossiping partner is leaving to the ‘I nation’ this spring. I guess I almost have none. Not even you, my love.

Let’s say I have boxes of lovers, you’ll be in the Bad Box. 

I love you but your bad colours.

Your body and soul perhaps too far. Your name rings in my head. As I held your hands in my dream, I hoped we get into being good people. Let us live nobly, forever. My eyes say, "Say yes, say yes my dear!"

I woke up remembering the same old you. What a nightmare now.

Still, flame of hope burns fiercely.

Then the stage darkens as lights are off, THE END. Closing the stage curtain... 
Tadaa... TOTAL randomness.

p/s: Perhaps there are real lines amongst above words?

Thursday, August 18, 2011

Discovery in Malaysia

Tempoh hari, aku lihat objek-objek itu terpamer supaya terjual. Colikah itu? Tapi kenapa jual sebegitu? Eww... Itu objek apa? Tungku pemanas bagi si ibu berpantang mungkin?


Hari ini kami temankan Adik selesaikan persalinan lebaran beliau. Ada lagi. Apa tu? Aneh. Hari ni pula ia di mana-mana. Aku buat kira-kira. Aku uji kaitan ia dgn tudung-tudung pelbagai rekaan yg terpamer sama. Ahh! Mmg intim hubungan kedua-dua jenis objek ini. Aku rasa tepat tekaanku tanpa rujukan. 


Itukah benjolan bonus yg menjadi kegilaan hari ini? 


Amoi: Ya...
M: Penemuan


Oh, inilah yg jadi kepala tambahan wanita naif zaman ini... Oh... 


Balik dari mendapatkan rawatan utk komputer riba, "Eh, bukan warna hitam sahaja. Bahkan merah jambu pun ada!" Memuktamadkan jawapan. Ishh... tak ambil gambar pula. Tapi aku betul-betul yakin itulah dia... Haha bunyi macam jakun.


Inilah, unsur penipuan dlm berpakaian. Pernah aku terjumpa blog seorang blogger yg berani menegur sang penjual sanggul palsu ini. Mabruk! Susah nak jumpa semangat macam itu hari ni! Oh malu dgn diri sendiri pula. Tiada tindakan dari aku petang tadi. Kakak-kakak sekalian, aku cadangkan tak payah pakai tu. Dah cantik dah. Tak perlu kot ambil risiko (dosa), susah-susah nak ikat sanggul palsu lagi. Betul, tak tipu, dah cantik dah tu... 


Nak buat macam mana, ada permintaan, adalah pemasaran berjalan. Macam apa yg berlaku ttg tudung syria... Mak cakap, "Penjual tu cakap kalau jual saiz L tak laku la... Yg Mak beli ni (saiz L) pun betul2 tinggal tiga je." Haihh. Aku tak gemar 'tudung awning'.



p/s: pasal Perjumpaan Kawan-kawan, aku ikut flow lah. 


Sunday, August 7, 2011

Yet I am Still Thin and Shiny

Some familiar dialogues...

"Hmm... National Geography 1981? Eee, bau macam air liur basi!"

M: The kind of teasing I rejoice. Wee

"Kenapa, makan (ikan bakar) dengan tu (sos cili)?"
"Orang (aku) kan orang bandar... Daa..."

M: ???

"Uii, bangun... Dah solat Asar ke belum ni?"
"Warghhh (menguap)... Eh, kenapa kau ada kat sini?"

M: Ok that's the most annoying response. Haha.

Those above means I'm home, Malaysia and I'm with my Adik. 

p/s: Unfortunately, to the contrast of the above blood ties harmony, kawan lama semacam tak pedulikan aku. Bila kau fikir dia tiada masa berinteraksi dgn kau, tiba2 wall dia penuh dgn interaksi bersama kawan2 IB dia. That's enough already for people to have bad thoughts. Itulah aku dah ckp pada kwn2 Mesir, aku balik Malaysia pun bukan ada kawan dah. Jadi bukan 100% salah aku, kalau aku bersangka buruk pada kau sekarang ni. Next time we meet (as if you're looking forward for that!), perhaps I'll just make fake smile. Jealous dgn kwn2 yg kwn sekolah dia masih rajin buzz.  >>>mode:  unsatisfied and I'm NOT a FREAK.

Thursday, July 28, 2011

Summer Heat Grace

I think I'm enjoying this summer heat. 

Pagi yg indah, gadis berbaju kurung berjalan-jalan nak beli ayam. Pakcik kedai buat lawak hambar tapi masih mampu buat aku ketawa. Post ni bakal jadi post yg trillion membosankan dari post-post sebelumnya. Sebab aku mulakan perenggan dgn gambaran rutin. Thus, I'll pick one subject out of the cliche to get into the focus. 

Baju kurung.

Aku pernah keluarkan kenyataan, kalaulah ini boleh dinamakan sebagai hasil senibina, aku akan kata inilah antara hasil seni bina yg cemerlang lagi praktikal. Sebelum terbang buat kali pertama ke Bumi Anbiya' ni, ku sangkakan baju kurung sudah tak relevan lagi. Aku beli jubah ketiga aku. Sedihnya kerana suatu hari aku salah  bajet panas seterika, ohh hampir x dpt diselamatkan. But hey! It's still wearable...! Nada gedik.

Tahukah anda, nak2 waktu musim panas atau dlm cuaca negara beriklim hutan hujan khatulistiwa (tolong faham, aku dah lama tak kaji geografi), baju kurung sgt praktikal. Pengudaraan, pergerakan semuanya cantik. Tapi common sense la, musim panas ni kalau kau buat baju kurung pakai kain baldu atau kain yg buat winter coat tu, confirm la kau keji baju ni.

Pesak, pada bahagian lengan baju mmg banyak dah menyumbang keselesaan. Aku bayangkan, bolehkah kalau kita buat pesak pada jubah? Entah. Takut jadi pelik pula. Haih. yang pelik2 shj kau fikir M...

Amoi 1: Yang pelik2 itulah asas rekaan juga tau!
M: (smiling) Nak2 sekarang ni mcm2 tak mustahil.

Kalau kawan yg kenal M nak ckp, "Tiba2 je." dah kena dah tu pada tempatnya. Org lain tgh mood lain, tiba2 cerita baju kurung. Apalah. Lantak, malas nak delete dan edit. Heh.

Amoi 2: Op, opp... Sekarang kan summer, sesuai lah tu. Tadaa.
M: mode gadis melayu. Tetibe.

Itulah, tak sangka aku masih relevan baju kurung, di negara org pula.  Masa sekolah2 dulu aku memang prejudis sikit pada baju kurung. Dulu prinsip aku, seminimanya aku akan pakai baju kurung. Hanya sesuai utk ke majlis kenduri, hari raya dan seumpama dengannya. Mujur warga Mesir ni terbuka bab fesyen. Tak pandang pelik. Atau adakah dah biasa tgk org2 Malaysia berlegar2 di tanah air mereka? Tak tahu.

 Cerita ttg baju kurung, mestilah sinonim dgn hari raya kan, kan kan... Huhu. Eh, tapi ingat... rebutlah keuntungan yg ditawarkan dlm bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni. Itu nikmat lebih tak tergambar. Carilah keberkatan Ramadhan. Setahun hanya sekali. Org kata Ramadhan di Mesir meriah. Aku belum merasa genap Ramadhan di sini. Tak tahulah kalau2 ada tahun yg Allah takdirkan Ramadhan aku di sini. I'll be ready for that, insya Allah.


p/s: "Awak balik (Malaysia) sorang2 ke dgn 'kawan' tu?" tanya Kak NM
      "Eh, eh... mana ada 'kawan'," jawab aku, pehal aku rasa mcm org kantoi lak ni? Seriously tak ada 'kawan' lagi. Haihh. Kot ye pun nak bergurau. Senior kesayanganku buat cuak je malam2 balik dari kelas tafsir Surah al-Furqan. Haihh. (mengeluh sekali lagi pasal belum ada 'kawan' kah? Haha.)