Wednesday, October 14, 2009

This Moment I Knew I Would be Someone Else

(Credits to Wan Nurhidayah for giving such direct compliment to my last post...Komen, cadangan mahupun caci maki amatlah dialu2kan)

Semalam ye2 jerr jiwa kacau. Mana tak nya, org marah kita beb. Padahal org tu kat M'sia jerr, kena rentas laut pun kalo dia nak tumbuk aku. Tapi aku dah r sensitif. Alhamdulillahm sumenyer dah ok dah. keadaan kembali tenang. Tapi tak mustahil akan berlaku salah faham lagi... semalam aku sampai tahap tgk gloomy video klip+sad video klip+ cter 'Sutun' sebab tension glerr. Ngantuk glerr r kat kelas pertama (kelas anatomy). Masa kelas biochem takde r ngantuk dah, sebab baru lepas solat zuhur kan... Air wudhuk sgt menyegarkan...Hari ni tak seperti semalam, di mana aku 'retarded' gler atau dlm bahasa melayu nya, letih mental dan fizikal. Hari ni lebih bertenaga sket... So, aku nak bukak balik pe dah belajar tadi. kat sebelah aku skg ni buku anatomy. Huhu... Tak pernah habis aku belek buku anatomy ni. Setakat separuh2 jerr revise balik. Kalo biochem habis gak. Tgk r biochem nanti camne nak paham balik, mcm complicated jerr padahal sebab language a.k.a. accent barrier jerr... Jgn aku terbiasa sebut expressions tu dlm slanga egypt sudah. Kang kena gelak je ngan student medic kat m'sia.

Aduhh. anti betul la lagu hazami yg mendayu2 ni. Tukar lagu lain r. Weh, korang nak tau tak, semua lagu yg aku suka glerr, klip video nya melampau dowh... Ingatkan lagu jiwang, sedih takde r babak2 melampau. Rupanya.. ishh... Hampeh. Tobat tak minat dah lagu tu. Tapi dari segi significant dan analoginya, klip video Evanescence, "Everybody's Fool" mmg 'makan dalam...' Mmg merupakan sindiran yg terus kepada barang siapa yg terlibat dalam situasi yg ditunjukkan...

Aku cter je ttg klip video tu, takyah lerr u all nak cari lak. Baik baca pasal Alkalosis n Acidosis. Lagi menghiburkan.

(haha. makin aku kata jgn, sure korang cari gak klip video tu kat YouTube)

Benda2 gloomy ni adalah salah satu hobi aku tapi aku dah tak minat mcm dulu... Tgk cter hantu mcm tgk komedi bodoh jerr...Dulu, aku tak pernah suka mahupun pandang pada warna pink. Ttbe skg makin menggedik lak aku. Movie tak bape nak seram pun jerit bagai nak mati. Seriously. Masa form four, aku hanya beli baju black, black and black. Tak pun merah, sama ngan warna darah. Sesuai la ngan atmosphere 'evil' masa tu. Warna yg melambangkan kesakitan dan kemarahan. Huhuu... Aku pun otak seni gak kdg2... Jgn menyampah lerr... Zaman main2 yg paling extreme dlm hidup aku. Tapi aku pantang betul kalau ada org mempersoalkan ttg tona warna yg aku suka pakai iaitu pink dan purple... Haha. Apa2 la. Cita rasa masing2.

Agaknya apalah yg adik aku nga wat skg ni. Mintak2 la dia dilindungi oleh Allah dari segala anasir jahat dan bisikan syaitan. Mintak2 diberikan kekuatan baginya supaya sentiasa rajin dan tak lalai. Mcm mana aku ngan adik aku jadi bodyguard mak aku masa ktorang kuar sama2, mcm tu r yg aku harap dia akan jaga mak sementara aku kat Mesir, sementara cuba utk translate loghat2 yg kaya ngan kepekatan lahjah Arab professor Cairo U ni. Aku tak dpt lagi jawapan yg pasti ttg cita2 adik aku. Aku dah pesan kat dia, explore pe jenis pkerjaan yg sesuai ngan jiwa dia sebab dia nak PMR tahun depan, lepas PMR terus pilih aliran yg dia minat. Yg pasti, dia minat aliran sains. Moga2 skor sains dia akan sentiasa havoc. InsyaAllah... Satu2nya anak lelaki keluarga aku, harapan semua org terutamanya harapan mak aku yg tersayang. Amin...

1 comment: